HomeNewsBeritaBusinessLifestyleOpinionWorldSportsPropertyEducationCarzillaGalleryVideosAccelerator

Polis terima 2 laporan khianat papan tanda berkait PRN

-

Ketua Polis Kedah Fisol Salleh berkata kes itu dilaporkan di Kubang Pasu dan Kulim.

0
Shares
Total Views: 1
Free Malaysia Today
Ketua Polis Kedah Fisol Salleh berkata dalam suasana berdepan PRN pihaknya menerima laporan berhubung tindakan menconteng dan merosakkan papan tanda.

ALOR SETAR:
Polis Kedah menerima dua laporan berhubung tindakan khianat merosakkan papan tanda yang dipercayai berkaitan PRN dijadualkan berlangsung Ogos depan.

Ketua Polis Kedah, Fisol Salleh, berkata dua kes itu dilaporkan di Kubang Pasu dan Kulim, bagaimanapun tiada sebarang tangkapan dibuat setakat ini.

“Dalam suasana hendak berdepan PRN ini, polis menerima laporan berhubung tindakan menconteng dan merosakkan papan tanda, dan kes ini akan disiasat bawah Seksyen 427 Kanun Keseksaan kerana melakukan khianat.

“Saya ingin menyeru semua masyarakat Kedah supaya tidak melakukan perkara yang boleh menggugat ketenteraman awam dan keselamatan negara,” katanya pada sidang media di IPK Kedah.

Beliau berkata, pihaknya akan menjalankan siasatan dan mengambil tindakan terhadap individu melakukan kesalahan, terutama yang menyentuh isu 3R iaitu berkaitan agama, raja, dan kaum.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.