
“Kebebasan bersuara bukan kebebasan untuk fitnah sesuka hati. Saya beri masa 24 jam untuk buat permohonan maaf terbuka dan menurunkan posting berkenaan,” katanya di Twitter.
Fadhlina dalam hantaran itu memohon akaunnya “ditag” di mana poster itu disebarkan.
Beliau berkata, laporan polis telah dibuat berkenaan fitnah tersebut dan siasatan sedang dijalankan.
“Misi mencari individu tidak bertanggungjawab yang menyebarkan bahan fitnah turut dikesan.
“Saya tidak akan teragak-agak untuk saman malu dan fitnah yang terus disebarkan,” katanya.
Rabu lalu, Fadhlina dalam forum terbitan Media Perpaduan bertajuk “Malaysia Di Ambang PRN 2023” menggesa pembangkang memperluas pengetahuan dalam isu pentadbiran dan ekonomi, berbanding hanya berkisar isu azan tidak boleh dilaungkan sepanjang PRN.
“Kalau di Pulau Pinang setiap kali pilihan raya isu yang dimainkan ialah ‘azan tak daq’ (azan tiada), macam mana hangpa (kamu) sembahyang? Jadi maknanya apa, tak boleh bahas isu ekonomi, kemajuan, ekonomi sebab itu dia (pembangkang) serang azan sahaja.
“Kalau dia betul…lawan idea, bukan lawan azan. Kalau ini yang diulang ulang (ertinya pembangkang) miskin idea. Kita suruh masuk Dewan Rakyat bahas isu polisi, masuk Dewan Undangan Negeri pun isu polisi,” katanya.
Namun, kandungan ucapan Fadhlina berkenaan diputar belitkan segelintir pihak dengan mendakwa beliau menggelar orang Melayu Pulau Pinang mempertahan azan solat sebagai “Melayu Bangsat” dan telah tular di media sosial.
Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram