
Beliau berkata, ini kerana program seumpama itu berupaya mengetuk pintu hati ummah untuk mengingati dan mencintai junjungan Nabi Muhammad.
“Terima kasih kepada Menteri Besar Amirudin Shari yang memeriahkan Selangor dengan gegaran selawat dan selepas Selangor, kita akan jelajah seluruh negara selepas pilihan raya negeri,” katanya ketika berucap pada Majlis Darul Ehsan Berselawat 2.0 di Stadium Tertutup Malawati malam ini.
Perdana menteri berkata, negara Madani pimpinannya ditegakkan dengan nilai dan akhlak mengikut contoh Nabi Muhammad dan seharusnya kesedaran untuk mengingati serta berselawat kepada baginda disebarkan ke seluruh Malaysia.
Majlis Darul Ehsan Berselawat 2.0 anjuran Pertubuhan Kebajikan dan Amal Wanita Selangor (Pekawanis) dengan kerjasama Pertubuhan Damai dan Cinta Insani (Pendamai) merupakan kesinambungan program pertama pada 14 Jan lalu yang mendapat sambutan menggalakkan.
Acara selawat dan zikir munajat malam ini turut menampilkan ulama serta pendakwah terkenal seperti Sheikh Abu Zaki, ustaz Neezam Al-Banjari dan ustaz Ahmad Fakhrurrazi yang menarik lebih 5,000 hadirin.
Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram