HomeNewsBeritaBusinessLifestyleOpinionWorldSportsPropertyEducationCarzillaGalleryVideosAccelerator

Kilang Seagate tutup kerana ekonomi dunia, kata Zairil

-

Kerajaan negeri ambil langkah alih tumpuan ekonomi kepada industri perkhidmatan yang menunjukkan perkembangan positif saban tahun.

0
Shares
Total Views: 1

zairil-seagate-1

PETALING JAYA:
Pulau Pinang yang berteraskan eksport terdedah kepada keadaan ekonomi sejagat, kata Ahli Parlimen Bukit Bendera Zairil Khir Johari, menjelaskan penutupan kilang cakera keras, Seagate di Pulau Pinang.

Zairil berkata kilang itu juga menutup operasi di Seremban dan China.

“Mereka akan menutup tiga daripada lima kilang (seluruh dunia). Ini sesuatu yang kita kesali tetapi faham syarikat perlu membuat keputusan dalaman itu.

“Suasana ekonomi sejagat tidak baik ketika ini. Ekonomi perusahaan di Pulau Pinang sentiasa dipengaruhi keadaan ekonomi sejagat,” jelas Zairil kepada FMT, mengulas kritikan daripada Setiausaha MCA negeri, Dr Tan Chuan Hong.

Chuan Hong sebelum ini menggesa kerajaan negeri menjelaskan kesuraman ekonomi Pulau Pinang dan kemungkinan penutupan kilang perusahaan Seagate.

Zairil berkata kerajaan negeri mengambil langkah mengalihkan tumpuan ekonomi kepada industri berteraskan perkhidmatan, terutamanya pelancongan yang menunjukkan perkembangan positif saban tahun.

“Yang paling penting adalah kerajaan negeri melalui pusat kerjaya dan bakat kami membantu mereka yang diberhentikan kerja mendapatkan kerja,” katanya.

Beliau menambah Pulau Pinang mempunyai rekod bangkit semula selepas tersadung ketika berdepan cabaran ekonomi sebelum ini.

“Kegawatan 2008 ke 2009 berpunca daripada krisis kewangan sejagat. Pulau Pinang, selaku ekonomi berteraskan eksport, terutamanya pada ketika itu, pasti kuat terkesan.

“Hakikatnya, kita bangkit semula lebih yakin dan pada 2010 dan 2011 mencatatkan pelaburan tertinggi di Malaysia buat kali pertama. Dari 2012 dan seterusnya pertumbuhan keluaran dalam negeri kasar Pulau Pinang menyamai kadar pertumbuhan negara.

“Seperti yang kita semua tahu, pelaburan mengambil masa untuk diraih manfaatnya, dan semua pelaburan yang kita terima pada 2010 dan 2011 akan menunjukkan hasilnya dalam angka dari 2012 dan seterusnya.”

Beliau membidas Chuan Hong dan berkata seterunya itu bercakap tanpa mengetahui sejarah ekonomi negeri secara mendalam.

“Barangkali dia cuba mengaburi mata orang ramai.”

Sementara itu, Pegawai Khas Ahli Parlimen Bukit Mertajam Steven Sim, Joshua Woo Sze Zeng sependapat dengan mengatakan dakwaan Chuan Hong itu tidak berasas.

Jelasnya, pemimpin MCA itu bersandarkan kepada maklumat yang lapuk, diambil daripada daripada laporan Januari 2015 disiarkan majalah bulanan terbitan Penang Institute, Penang Monthly.

“Dalam keluaran itu, Peningkatan KDNK Pulau Pinang sebanyak 5.7% berbanding negara sebanyak 5.8% pada 2014 itu adalah unjuran terhitung.

“Selepas kerajaan Persekutuan mengumumkan Rancangan Malaysia ke-11, Penang Monthly menyiarkan angka rasmi dalam keluaran Julai 2015, halaman 37.

“Angka rasmi menunjukkan Pulau Pinang mengalami peningkatan KDNK sebanyak 7.4% berbanding negara sebanyak 6% pada 2014,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.