HomeNewsBeritaBusinessLifestyleOpinionWorldSportsPropertyEducationCarzillaGalleryVideosAccelerator

Salleh Keruak dilantik bendahari Umno

-

Menteri komunikasi dan multimedia itu berkata beliau seorang ketua yang senang bekerja dalam pasukan dan mengikut garis panduan MT dan presiden.

0
Shares
Total Views: 1

Salleh Keruak

KUALA LUMPUR:
Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Seri Salleh Said Keruak dilantik sebagai bendahari Umno, mengambil alih jawatan daripada Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah yang meletak jawatan pada Jun lalu.

Perdana Menteri yang juga Presiden Umno Datuk Seri Najib Razak mengumumkan pelantikan itu selepas mempengerusikan mesyuarat Majlis Tertinggi (MT) parti itu di Menara Dato Onn di sini hari ini.

“Mesyuarat MT Umno hari ini dimulakan dengan bendahari baharu Umno mengangkat sumpah. Tahniah Datuk Seri Salleh,” katanya pada sidang media.

Pada masa sama, Najib melahirkan penghargaannya kepada Husni, berkata beliau menjalankan tugasnya sebagai bendahari dengan baik dan penuh integriti.

Salleh, ketika ditemui wartawan berkata beliau bersyukur dengan pelantikan itu dan berjanji melakukan yang terbaik untuk parti.

“Saya ketua yang bekerja dalam pasukan dan apa yang saya buat berdasarkan kepada garis panduan ditetapkan MT dan presiden,” katanya.

Pada Jun, ketika mengumumkan rombakan Kabinet, Najib mendedahkan peletakan jawatan Husni daripada jawatan menteri kewangan kedua atas sebab peribadi.

 

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.