![azmin-ali_loji](/_next/image/?url=https%3A%2F%2Fs3media.freemalaysiatoday.com%2Fwp-content%2Fuploads%2F2016%2F10%2Fazmin-ali_loji.jpg&w=3840&q=75)
Beliau berkata langkah proaktif yang diambil pihaknya termasuk melakukan pembenihan awan untuk mempercepatkan penurunan hujan dapat mengurangkan kesan pencemaran di sungai itu seterusnya membolehkan loji beroperasi semula.
“Saya juga menghubungi Menteri Pertahanan Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein semalam serta memohon bantuan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) untuk menyediakan tangki air tambahan dan mereka setuju sediakan aset itu apabila diperlukan kerajaan negeri.
“Di samping itu, kerajaan negeri juga menyediakan 51 water tankers (tangki air) bagi mengurangkan impak gangguan bekalan air,” katanya ketika ditemui pemberita selepas menerima kunjungan hormat Walikota Bandung, Bapak Mochamad Ridwan Kamil di pejabatnya di Bangunan Setiausaha Kerajaan Negeri di sini hari ini.
LRA Semenyih yang ditutup tiga hari baru-baru ini berikutan pencemaran di Sungai Semenyih terpaksa ditutup semula pagi semalam berikutan masalah sama.
Berikutan langkah itu, beberapa kawasan di daerah Hulu Langat, Kuala Langat, Sepang dan Petaling mengalami gangguan bekalan air, seperti mana sewaktu penutupan pada 22 hingga 24 September lalu.
Ketika ditanya bila gangguan bekalan air akan pulih sepenuhnya, Mohamed Azmin percaya masalah itu dapat diselesaikan dalam tempoh 24 jam memandangkan Kumpulan Air Selangor (Air Selangor) sedang mengenal pasti kawasan kritikal yang memerlukan bekalan air terutama di kawasan perumahan yang terletak di atas bukit.
Menteri Besar turut mempersoalkan kredibiliti sampel air yang diambil Jabatan Alam Sekitar dari Sungai Semenyih berikutan kelewatan agensi itu turun ke lokasi.
Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram