
Menteri pelancongan dan kebudayaan itu berkata, reputasi pemandu teksi menipu pelancong merosakkan industri pelancongan negara, tetapi dengan adanya Uber dan Grab, pelancong tidak lagi mempunyai alasan takut datang ke Malaysia.
“Pelancong boleh menggunakan telefon mereka dan terus memanggil teksi daripada Uber atau Grab,” katanya pada sidang media di Sekolah Jenis Kebangsaan Cina Tsun Jin, hari ini.
Nazri berkata, sebagai sebuah negara, Malaysia perlu bergerak ke depan dan industri teksi perlu memahami hakikat itu.
Beliau menasihatkan pengusaha teksi tempatan belajar cara mempelbagaikan perkhidmatan untuk terus beroperasi, bukannya memainkan watak mangsa dan menyalahkan kerajaan.
“Kami turut menggalakkan pengusaha teksi tempatan mewujudkan aplikasi sendiri. Ia bukan salah kami jika teksi tempatan ketinggalan. Setiap orang perlu bergerak ke depan dan industri teksi tidak terkecuali.”
Saingi Uber-Grab, SPAD perkenal skim bebas pemandu dari pajakan syarikat
Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram