Eksport Malaysia ke Asia Selatan melonjak 6.9%

Eksport Malaysia ke Asia Selatan melonjak 6.9%

Eksports ke Asia Selatan tumbuh kepada RM45.39 bilion tahun lepas.

malaysia-eksport-export
NEW DELHI:
Eksport Malaysia Ke Asia Selatan melonjak pada 2016, dibantu oleh pertumbuhan kukuh dalam perdagangan dengan Bangladesh, Pakistan dan Sri Lanka.

Jumlah eksport ke Asia Selatan tumbuh 6.9% kepada RM45.39 bilion tahun lepas berbanding kemerosotan 0.9% pada 2015, kata Perbadanan Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia (Matrade) pada Rabu.

Eksport ke India meningkat 1.1% kepada RM32 bilion, iaitu 70.5% eksport Malaysia ke Asia Selatan.

Jumlah perdagangan dengan negara Asia Selatan berkembang 7.4% kepada RM63.8 bilion pada 2016, dengan import naik 8.6% kepada RM18.4 bilion.

Barangan pembuatan merupakan 54.4% eksport Malaysia ke India dan meningkat 8% dalam nilai kepada RM17.43 bilion.

Bangladesh mengatasi Pakistan sebagai destinasi eksport kedua terbesar Malaysia ke rantau berkenaan dengan eksport ke negara itu meningkat 32.2% kepada RM5.15 bilion pada 2016 berbanding RM3.9 bilion pada 2015.

Eksport yang lebih tinggi minyak sawit dan produk pertanian berasaskan sawit meningkatkan perdagangan dengan Pakistan, yang mengimport RM4.86 bilion barangan Malaysia, iaitu kenaikan 17.8%.

Eksport ke Sri Lanka melonjak 28.6% kepada RM2.42 bilion berikutan lonjakan besar dalam jualan produk petroleum.

Matrade berkata, Malaysia menyaksikan kenaikan besar dalam dagangan dengan rakan kongsi perjanjian perdagangan bebas baharu, terutama Turki, India dan Pakistan.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.