HomeNewsBeritaBusinessLifestyleOpinionWorldSportsPropertyEducationCarzillaGalleryVideosAccelerator

Perbadanan hanya berjaya selesaikan 18 isu tanah Kampung Baru

-

Perbadanan pembangunan tidak dapat menetapkan tempoh selesai pembangunan semula Kampung Baru kerana bergantung kepada kepantasan menyelesaikan isu tanah yang rumit.

1
Shares
Total Views: 4
Datuk-Affendi-Zahari

KUALA LUMPUR:
Dalam tempoh setahun Perbadanan Pembangunan Kampong Bharu (PKB) hanya berjaya menyelesaikan 18 isu hak milik tanah daripada 1350 plot tanah, yang dikenalpasti untuk pembangunan semula perkampungan warisan itu.

Pengerusi PKH Datuk Affendi Zahari berkata pihaknya tidak dapat menetapkan tempoh selesai pembangunan semula Kampung Baru, Kuala Lumpur kerana bergantung kepada jumlah hak milik tanah “bersih” yang diperolehi.

“Kami perlu melakukannya dengan cara sedikit demi sedikit. Ia bukan cara yang saya mahukan tetapi itulah cara yang perlu,” katanya, merujuk kepada masalah pertindihan hak milik dan tanah berbeza ukuran yang membelenggu proses perolehan tanah orang kampung.

Ditubuhkan pada 1 April 2012 di bawah Akta Perbadanan Pembangunan Kampong Bahru 2011 atau Akta 733, PKB menjadi agensi penyelaras, pemudah cara dan penggerak pembangunan semula Kampung Baru.

Ditemui di pemberita di sebuah majlis di ibu negara, Affendi berkata kemajuan pembangunan semula bergantung kepada sepantas mana penyelesaian isu tanah yang rumit, berbeza dengan pembangunan Putrajaya dan Iskandar Malaysia yang sebahagian besar dibina atas tanah kosong.

“Katakan tuan tanah itu yang berdaftar 50 tahun lalu seorang dan dia ada 4 orang anak. Empat orang itu kemudiannya ada 4 orang anak menjadikanya ada berpuluh-puluh waris,” katanya.

Beliau menambah adakalanya plot tanah yang diperoleh perlu digabungkan dengan plot tanah berhampiran kerana ia terlalu kecil untuk dibangunkan.

Pembangunan semula Kampung Baru dicadang dan dirancang sejak 1985 lagi. Terletak di kawasan segi tiga emas Lembah Klang, kawasan seluas 124.37 hektar mengundang perhatian pemaju, sehingga mendorong penduduk mendesak kerajaan menubuhkan sebuah perbadanan untuk membangunkan Kampung Baru mengikut kehendak penduduk setempat.

Kampung Baru dilaporkan akan menjalani pembangunan RM43 bilion yang akan memberi wajah baru kepada penempatan Melayu itu dalam tempoh 20 tahun akan datang.

Ini termasuk penekanan kepada konsep hijau dalam bandar meliputi reka bentuk sistem air, elektrik, sisa kumbahan dan landskap; tunjang pengangkutan awam berpusat meliputi laluan kenderaan, basikal dan pejalan kaki dengan hubungan ke Jalan Tun Razak dan Jalan Sultan Ismail; dan plaza kebudayaan warisan.

Menurut Affendi, PKB juga menyatakan kepada Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat untuk meletakkan sistem trem di situ.

Oleh itu, PKB bersama Lembaga Penempatan Tanah Pertanian Melayu (MAS) dan pejabat tanah berusaha mengesan waris dan mengadakan klinik 2 kali sebulan untuk membantu pemilik tanah menyelesaikan isu tanah mereka.

Menurut Affendi, daripada 2012 hingga 2015, pihaknya mendapati ada 5,000 waris tanah Kampung Baru tetapi nama hanya atas kertas.

“Sesetengah orang tidak sedar mereka adalah waris kepada plot tanah,” katanya, lantas kerumitan seperti ini memerlukan PKB mengambil pendekatan yang fleksibel.

“Kita mempunyai satu pelan induk, tetapi kita tidak perlu menjadi tidak fleksibel,” katanya.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.