HomeNewsBeritaBusinessLifestyleOpinionWorldSportsPropertyEducationCarzillaGalleryVideosAccelerator

Kaunter pasport seluruh negara ditutup 8 April

-

Kerja naik taraf sistem membabitkan semua kaunter di ibu pejabat serta cawangan imigresen bermula 12.00 pagi sehingga 11.59 malam

0
Shares
Total Views: 1
pasport

KUALA LUMPUR:
Semua kaunter pasport di seluruh negara akan ditutup pada 8 April ini bagi kerja-kerja menaik taraf Sistem Imigresen Malaysia (myIMMS).

Imigresen dalam kenyataan media di sini memaklumkan penutupan itu membabitkan semua kaunter pasport di ibu pejabat serta cawangan di Pusat Transformasi Bandar (UTC) dan Pusat Transformasi Luar Bandar (RTC) yang akan ditutup bermula 12.00 pagi sehingga 11.59 malam.

“Untuk makluman, kerja-kerja naik taraf Jabatan Imigresen bertujuan meningkatkan lagi kualiti capaian terhadap sistem utama JIM.

“Sehubungan itu, sepanjang tempoh masa kerja-kerja ini dijalankan, capaian terhadap sistem myIMMS akan mengalami gangguan,” menurut kenyataan itu.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.