HomeNewsBeritaBusinessLifestyleOpinionWorldSportsPropertyEducationCarzillaGalleryVideosAccelerator

Tutup: Kilang kertas milik kumpulan NSTP

-

Penutupan itu disebabkan penurunan permintaan kertas untuk akhbar tempatan.

0
Shares
Total Views: 1
Malaysian-Newsprint-Industries-Sdn-Bhd
PETALING JAYA: Pengeluar dan pembekal kertas tertua negara, Malaysian Newsprint Industries Sdn Bhd (MNI) bakal ditutup disebabkan penurunan permintaan kertas untuk akhbar tempatan, lapor The Star.

MNI yang dimiliki The New Straits Times Press (M) Bhd (NSTP) dan Hong Leong Industries Bhd (HLI) terpaksa membuat pembubaran secara sukarela.

Media Prima Bhd dan HLI berkata lembaga syarikat bersekutunya itu berpendapat MNI tidak dapat meneruskan perniagaan mereka.

“MNI beroperasi dalam keadaan pasaran yang sukar terutama dengan penurunan permintaan kertas akhbar tempatan dan menanggung kerugian sejak 3 tahun lalu.

MNI diperbadankan pada 4 Ogos 1976 sebagai syarikat bersekutu tidak langsung Media Prima dengan 21.36% kepentingan ekuiti langsung NSTP. Sementara, HLI mempunyai kepentingan 33.65%.

Media Prima dan HLI berkata penutupan kilang itu tidak akan memberi sebarang kesan buruk kepada kumpulan masing-masing dan mereka tidak lagi mempunyai akaun ekuiti dalam keputusan MNI.

Mac tahun ini, NSTP mengumumkan hasrat menjual kilang cetaknya di Ajil, Terengganu. Ia merupakan salah satu daripada 2 kilang — sebuah lagi di Senai, Johor — yang dilaporkan ditutup penerbit akhbar itu.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.