HomeNewsBeritaBusinessLifestyleOpinionWorldSportsPropertyEducationCarzillaGalleryVideosAccelerator

Majlis Perbandaran Kuantan kaji tambah tulisan jawi di papan tanda jalan

-

Ketua seksyen perhubungan awam MPK mengesahkan perkara itu ada dibincangkan dalam mesyuarat bulanan dan butiran lanjut akan diumumkan kemudian.

0
Shares
Total Views: 1
mpk-jawi
PETALING JAYA: Majlis Perbandaran Kuantan (MPK) akan mengkaji cadangan menambah tulisan jawi pada semua papan tanda jalan di bandar itu.

Sumber dipetik China Press berkata, cadangan itu ada dibincangkan dalam mesyuarat bulanan pihak berkuasa tempatan itu hari ini.

Sumber itu berkata, langkah berkenaan sebagai mematuhi gesaan Tengku Mahkota Pahang, Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah supaya kerajaan menggalakkan penggunaan tulisan Jawi.

Katanya, cadangan itu masih di peringkat awal dan akan diputuskan selepas kajian terperinci dijalankan unit berkaitan.

Difahamkan, dasar itu bersifat sukarela.

Ketua Seksyen Perhubungan Awam MPK, Izad Zainal bin Muhammad Safian dipetik akhbar itu mengesahkan perkara itu ada dibincangkan dalam mesyuarat dan butiran lanjut akan diumumkan kemudian.

Pada 30 Mac 2016, Tengku Abdullah dilaporkan meminta semua pihak merangkumi jabatan kerajaan, swasta, badan berkanun dan majlis daerah di Pahang memperkasakan penggunaan tulisan Jawi menerusi setiap aktiviti.

Kerajaan negeri juga diminta memperkenalkan kembali tulisan Jawi secara berperingkat dalam urusan pentadbiran bagi mengembalikan kegemilangannya tulisan itu.

Antara lain, katanya, menggunakan tulisan Jawi di papan tanda, premis jualan dan papan tanda arah, selain menyelaraskan ejaan jawi.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.