
Datuk Soiman Jahid berkata, percikan itu kemudiannya terkena lapisan dinding luar bangunan yang dipasang pelapis cladding diperbuat daripada “polyfoam” mudah terbakar.
Katanya, ini adalah kebakaran pertama di negara ini membabitkan bahan mudah terbakar itu.
“Ini bukan kebakaran dalam bangunan, bukan isi bangunan, hanya cladding yang dipasang di luar bangunan.
“Berdasarkan siasatan dan kajian awal, kita dapati bangunan ini dipasang cladding yang mudah terbakar, kemungkinan tidak diluluskan mana-mana pihak,” katanya selepas meneliti punca kebakaran di bangunan KWSP hari ini.

Soiman berkata, kontraktor bangunan tidak boleh menggunakan bahan mudah terbakar dan tidak mempunyai sijil serta kelulusan daripada pihak bomba, disebabkan kos bahan itu lebih murah.
“Kita mempunyai ‘uniform building by law’ yang menyatakan setiap struktur bangunan perlu menggunakan bahan daripada kelas 0, iaitu mana-mana bangunan guna bahan mudah terbakar sudah melanggar ‘building by law’.

“Kita akan membuat pemeriksaan khususnya melibatkan sijil bomba dan bagi bangunan yang menggunakan bahan mudah terbakar untuk pembaharuan sijil bomba, kita tidak akan keluarkan sehingga mereka tukar bahan tidak mudah terbakar.”
Beliau berkata, siasatan awal mendapati kebakaran bermula daripada tingkat 1, di mana kerja penyelenggaraan sedang dilakukan di luar bangunan itu.
Katanya, kebakaran kemudiannya merebak dengan cepat ke tingkat atas disebabkan tiupan angin kencang dan cuaca panas.
“Berlaku sedikit kebakaran di tingkat 6 (yang) turut melibatkan fail-fail tertentu, namun difahamkan ia merupakan fail tidak penting bagi KWSP.”
Katanya, semua 527 kakitangan dan pelanggan KWSP berjaya dikeluarkan daripada bangunan dan tiada kecederaan atau kematian dilaporkan.
Beliau berkata, 70 anggota dari Petaling Jaya bersama 10 jentera tiba di tempat kejadian 6 minit kemudian, seleps menerima panggilan pada 11.52 pagi dan api dipadamkan dalam 30 minit.
Data dan simpanan selamat, jaminan KWSP selepas kebakaran di PJ
Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram