
Tiada pengakuan direkodkan daripada semua tertuduh semasa pertuduhan dibacakan jurubahasa masing-masing dalam bahasa Tamil dan Melayu di hadapan Hakim Murtazadi Amran.
Mengikut pertuduhan, 36 tertuduh berumur antara 20 dan 60 tahun itu didakwa menjadi ahli kumpulan jenayah terancang “Geng 04” antara 1 Januari 2015 hingga 27 Januari lepas di daerah Kinta.
Semua mereka didakwa mengikut Seksyen 130V(1) Kanun Keseksaan (Akta 574) dan boleh dihukum menerusi seksyen sama, jika sabit kesalahan boleh dipenjara antara 5 hingga 20 tahun.
Mereka yang dituduh ialah Mohamed Shariff Mohamed Ibrahim, Muhamed Sidik Mohamed Ibrahim, M Perbakaran, R Sargunan, B Murli, M Ganesan, N Michael Raj, M Selva, S Jesudass, K Kartikkesan, S D Kevan, P Jeventhyren, L Tamil Selven, S Kalidas, K Arun dan Abdul Rahman Subbaiah Salim.
Semua mereka diwakili peguam masing-masing.
Manakala A Kughan, J Thruselvam, K Thiruchelvan, K Kugan, A Samuel Dhinakaran, K Sattiyarao, S Vijendran, B K Chandran, S Thatchana Moorthy, M Munian, R Kesavan, P A Fatri, F Niclos, S K Jagathesan, R Paramesh Rao, A Govalsamy, T S Kavitheian, C Tinabalan, K Selvam dan T Kamal tidak diwakili peguam.
Pendakwaan kes pula dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Saiful Edris Zainuddin dan Mohd Izhanudin Alias.
Mahkamah menetapkan 20 Mac sebagai tarikh sebutan semula kes.
Terdahulu, semua tertuduh dibawa menaiki 2 trak polis kira-kira 9 pagi dengan dikawal ketat 11 pegawai dan 104 anggota polis bertugas di sepanjang laluan Ibu Pejabat Polis Kontinjen Perak ke kompleks mahkamah hingga ke Mahkamah Sesyen 2.
Bagaimanapun wartawan tidak dibenarkan memasuki kamar mahkamah untuk mendengar proses pendakwaan.
Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram