HomeNewsBeritaBusinessLifestyleOpinionWorldSportsPropertyEducationCarzillaGalleryVideosAccelerator

Jangan gantung bendera politik di masjid, pesan Raja Muda Perlis

-

Selain masjid, baginda juga mengarahkan parti politik tidak menggantung sebarang propaganda politik di surau, perkuburan atau sekolah agama negeri.

0
Shares
Total Views: 1
Free Malaysia Today

KANGAR:
Raja Muda Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail mengarahkan agar semua pihak tidak menggantung atau menaikkan bendera, poster atau sebarang propaganda parti politik di kawasan masjid, surau, tanah perkuburan atau mana-mana sekolah agama di negeri ini.

Baginda berkata dalam kerancakan kempen pilihan raya umum ke-14 (PRU14), setiap pihak perlu menunjukkan kematangan berpolitik dan tidak melampaui batas dalam usaha untuk memenangkan parti masing-masing.

“Adalah tidak wajar sekiranya terdapat mana-mana pihak yang tidak sensitif dengan permintaan ini,” kata baginda merangkap yang dipertua Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs) dalam satu kenyataan hari ini.

Baginda berkata, larangan itu juga adalah selari dengan ‘Tujuh Amanat Raja Perlis, Tuanku Syed Sirajuddin Jamalullail’ yang melarang politik dibawa ke masjid di negeri ini.

“Pengerusi serta ahli jawatankuasa masjid diminta mengambil amanah, menurunkan atau menanggalkan dengan serta-merta tanpa mengira parti jika masih terdapat perkara sedemikian dibuat oleh pihak tidak bertanggungjawab di dalam kawasan kariah masing-masing,” kata baginda.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.