
Indeks FTSE Bursa Malaysia jatuh sebanyak 1% hari ini, menjadikan angka kejatuhan sebanyak 11% sejak paras tertinggi 2 bulan lepas. Jatuh 9 hari berturut-turut dengan ukurannya menuju paras paling rendah sejak Februari 2017.
Pencapaian saham Malaysia kini merupakan antara yang terburuk di dunia sejak April tahun ini. Pelabur asing yang cuba menyesuaikan dengan usaha perdana menteri baru mengawal hutang kerajaan meninggalkan pasaran dengan menarik keluar wang daripada dana ekuiti setiap hari sejak awal Mei.
Penanalisis menurunkan unjuran perolehan, mengakibatkan Malaysia kini mengatasi Korea Selatan sebagai pasaran Asia Pasifik dengan unjuran keuntungan paling teruk merosot tahun ini.
“Ramalan jangka pendek ekuiti Malaysia kekal sukar sewaktu kerajaan baru cuba mengenal pasti takat isu kewangan yang dihadapinya,” kata Christopher Wong, pengurus kanan pelaburan di Standard Life Investment, Singapura.
“Bagaimanapun saya menjangka keadaan lebih baik pada jangka pertengahan,” katanya.
Telekom Malaysia merupakan kaunter paling rugi dalam ukuran saham Malaysia hari ini, merosot sebanyak 12% berikutan laporan pengurangan harga perkhidmatan jalur lebar. Indeks penilaian jangkaan pendapatannya sebanyak 15.7 ganda bagi tahun depan menyamai purata 5 tahun syarikat itu.
Seperti Wong, Danny Wong dari Areca Capital berharap masa depan yang lebih baik. Beliau menjangka anggaran pendapatan akan meningkat pada separuh kedua tahun ini berikutan polisi baru mengenai pelaburan asing dan perbelanjaan kerajaan.
Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram