HomeNewsBeritaBusinessLifestyleOpinionWorldSportsPropertyEducationCarzillaGalleryVideosAccelerator

‘Pemimpin, wakil rakyat PH boleh isytihar harta selepas lulus kod etika’

-

Ketua pengarah Pusat Governans, Integriti dan Anti-Rasuah berkata, semua wakil rakyat PH boleh mengisytiharkan harta kepada SPRM selepas kod etika diluluskan Kabinet.

0
Shares
Total Views: 1
Free Malaysia Today
Abu Kassim Mohamed bercakap kepada wartawan selepas perhimpunan bulan warga Suruhanjaya Integriti Agensi Penguatkuasaan (EAIC) di Putrajaya, hari ini.

PUTRAJAYA:
Pemimpin dan wakil rakyat Pakatan Harapan (PH) boleh mengisytiharkan harta selepas pindaan kod etika diluluskan Kabinet dalam beberapa minggu lagi, kata Ketua Pengarah Pusat Governans, Integriti dan Anti-Rasuah (GIACC), Tan Sri Abu Kassim Mohamed.

“Kod etika rangka kertas kerja terakhir itu akan dibawa ke Kabinet,” katanya selepas perhimpunan bulanan warga Suruhanjaya Integriti Agensi Penguatkuasaan (EAIC) di sinni, hari ini.

Beliau berkata, wakil rakyat di bawah kerajaan Barisan Nasional (BN) sebelum ini mengisytiharkan harta kepada perdana menteri, manakala wakil rakyat PH berbuat demikian kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

“Dulu tak payah bagi kepada SPRM, hanya kepada perdana menteri.

“Sekarang semua kakitangan pentadbiran, perdana menteri, timbalan perdana menteri dan ahli Parlimen kerajaan sahaja. Maklumat lanjut akan dimuktamadkan.”

Isnin lalu, Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad berkata, semua wakil rakyat PH, termasuk menteri dan timbalan menteri perlu mengisytiharkan harta masing-masing kepada SPRM.

Sementara itu, Abu Kassim berkata, pihaknya sedang merangka Pelan Tindakan Anti Rasuah dan kini di peringkat pengumpulan data.

“Pelan itu akan mengandungi langkah-langkah yang dikenal pasti penting dan berkesan untuk memerangi rasuah dalam negara ini.

“Ia juga mempunyai jangka masa yang dijangkakan dapat dibuat dan kita juga akan meletakkan apakah impak-impak yang kita harapkan akan berlaku.”

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.