Pengguna MRT alami kelewatan hampir 2 jam akibat gangguan isyarat

Pengguna MRT alami kelewatan hampir 2 jam akibat gangguan isyarat

Prasarana mengesahkan gangguan itu disebabkan kegagalan dalam sistem kawalan automatik.

Free Malaysia Today
Perjalanan pengguna MRT tertangguh hampir 2 jam.
KUALA LUMPUR:
Perjalanan Sistem Transit Aliran Massa (MRT) hari ini tergendala selepas ia mengalami gangguan isyarat dari stesen MRT Bukit Bintang ke stesen Mutiara Damansara.

Pengguna MRT memberitahu FMT, gangguan itu bermula kira-kira jam 9.30 pagi di mana tren mengambil masa 20 hingga 40 minit berhenti di setiap stesen.

“Tren penuh, jadi saya dan yang lain terpaksa turun di stesen Merdeka untuk bertukar ke tren LRT,” kata seorang penumpang tren yang enggan dinamakan, sambil menambah perjalanannya mengambil masa hampir 2 jam.

Ketika dihubungi, jurucakap Prasarana mengesahkan gangguan itu, mengatakan terdapat kegagalan dalam sistem kawalan automatik.

“Disebabkan itu, tren terpaksa dipandu secara manual dan melambatkan perjalanan dari satu stesen ke satu stesen.

Prasarana menambah, sehingga tengahari, gangguan signal itu telah diperbetulkan walaupun tren masih bergerak secara manual.

Tahun lepas, dilaporkan beribu-ribu pengguna MRT sepanjang Laluan Sungai Buloh-Kajang tiba lewat di tempat kerja akibat gangguan isyarat.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.