
Seorang lelaki dari China menarik perhatian ramai termasuk pihak berkuasa, polis selepas membiarkan sejenis mesin seakan “transformer” di atas jalan raya.
Pencipta DIY (do it yourself) dari Beijing secara santai mengambil, “Transformer” yang dibuat sendiri untuk keluar ‘berjalan-jalan’ di atas jalan.
Menurut laporan Shanghaiist, satu rakaman video yang disiarkan di media sosial pada 23 Ogos menunjukkan robot buatan sendiri lelaki itu perlahan-lahan masuk ke jalan raya di pinggir bandar Beijing.
Walaupun ia dilihat sebagai satu penemuan yang mengujakan namun pihak berkuasa tidak begitu selesa dengan kenderaan gergasi tersebut di atas jalan.
Ekoran itu, lelaki tersebut terpaksa menghentikan aktiviti yang dilakukan dan mengikut pihak polis bersama-sama robotnya ke balai.
Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram