![Free Malaysia Today](/_next/image/?url=https%3A%2F%2Fmedia.freemalaysiatoday.com%2Fwp-content%2Fuploads%2F2018%2F10%2Fmohamed-azmin-ali-fmt-121018-3.jpg&w=3840&q=75)
Menteri hal ehwal ekonomi itu berkata, larangan itu bertujuan menjimatkan kos perbelanjan kerajaan.
“Menteri yang pergi lawatan kerja ke luar negara tidak boleh bawa isteri, melainkan lawatan itu lebih 7 hari, lawatan kerja itu bersifat kerja.
“Menteri boleh pergi dengan 2 pegawai sahaja dan isteri hanya boleh iring menteri, kalau lawatan kerja itu lebih 7 hari. Kos perbelanjaan akan ditanggung sendiri, jika menteri bawa isteri kurang dari 7 hari lawatan, ia telah berkuatkuasa.
“Kita pergi kerja, bukan untuk main golf, ‘shopping’, bercuti. Dulu, ramai menteri walaupun 1 hari, balik 3 hari selepas persidangan,” katanya dalam “Wacana Bicara Minda Ekonomi Sejahtera Untuk Semua” hari ini.
Azmin bagaimanapun berkata, larangan itu tidak terpakai untuk isteri perdana menteri kerana ada tugas khas yang perlu dilakukannya dalam lawatan kerja luar negara.
Isytihar harta
Sementara itu, Azmin berkata, semua wakil rakyat PH, termasuk perdana menteri, timbalan perdana menteri, menteri dan timbalan menteri wajib mengisytiharkan harta kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).
“Isnin ini hari terakhir untuk perdana menteri, timbalan perdana menteri, timbalan menteri, ahli Parlimen, Adun isytihar harta kepada SPRM.
“Sebelum ini, menteri lapor jumlah harta kepada perdana menteri, tapi sekarang perdana menteri juga akan isytihar harta sendiri kepada SPRM untuk dimaklumkan kepada umum,” katanya sambil menambah perdana menteri memberi jaminan pemimpin terbabit rasuah akan dipecat dan diheret ke mahkamah.
Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram