HomeNewsBeritaBusinessLifestyleOpinionWorldSportsPropertyEducationCarzillaGalleryVideosAccelerator

Polis perketat kawalan hadapi keputusan kes Musa Aman

-

Kawalan di Kompleks Mahkamah Kota Kinabalu dan Pusat Pentadbiran Negeri Sabah diketatkan selepas menerima maklumat tentang himpunan oleh penyokong Musa dan Shafie Apdal.

0
Shares
Total Views: 1
Free Malaysia Today

KOTA KINABALU:
Polis Sabah akan perketatkan kawalan di 2 premis bangunan berikutan pendengaran keputusan mahkamah melibatkan saman bekas ketua menteri Tan Sri Musa Aman yang mencabar kesahan pelantikan Ketua Menteri Datuk Seri Mohd Shafie Apdal pada 25 Oktober ini.

Pesuruhjaya Datuk Omar Mammah berkata 2 premis itu ialah kawasan Kompleks Mahkamah Kota Kinabalu dan Pusat Pentadbiran Negeri Sabah (PPNS).

Polis menerima maklumat penyokong kedua-dua pihak akan mengadakan perhimpunan di 2 kawasan berkenaan.

“Penyokong daripada kedua-dua pihak (kerajaan dan pembangkang) diminta supaya tidak mengeluarkan perkataan yang boleh menimbulkan provokasi dan menganggu gugat keselamatan orang awam di kawasan mahkamah.

“Elakkan daripada insiden yang tidak diingini dan pihak polis tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan jika mereka tidak mematuhi undang-undang,” katanya kepada pemberita sempena lawatan ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Kinabalu hari ini.

Sebagai langkah keselamatan, anggota keselamatan juga dikerah untuk membuat tapisan di kawasan yang terlibat bagi mengelak sebarang kejadian yang tidak diingini.

Pada 6 Jun lalu, Musa memfailkan saman baharu terhadap Yang Dipertua Negeri Tun Juhar Mahiruddin dan Mohd Shafie bagi menggantikan saman yang difailkan pada 17 Mei lepas, memohon pengisytiharan Musa kekal sebagai ketua menteri Sabah yang sah.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.