HomeNewsBeritaBusinessLifestyleOpinionWorldSportsPropertyEducationCarzillaGalleryVideosAccelerator

Zahid cadang BN tukar nama baru

-

Pengerusi BN itu berharap PAS dapat menyertai dan mengukuhkan lagi gabungan baru itu bagi menghadapi PRU15.

0
Shares
Total Views: 1
Free Malaysia Today
Ahmad Zahid Hamidi berkata, gagasan pembangkang perlu diperkuatkan dengan kemasukan parti baru dalam usaha BN menawan balik Putrajaya pada PRU15.

KUALA LUMPUR:
Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi mencadangkan Barisan Nasional (BN) dijenamakan semula dengan nama baru sebagai langkah untuk menghadapi pilihan raya umum ke-15 (PRU15).

Pengerusi BN itu turut berharap PAS dapat menyertai dan mengukuhkan lagi gabungan baru itu.

Katanya, beliau menyerahkan urusan berkaitan penjenamaan semula BN kepada Setiausaha Agungnya, Datuk Seri Mohamed Nazri Aziz yang turut bertanggungjawab mempelawa dan berbincang dengan PAS untuk menyertai gabungan itu.

“Saya cadangkan kita tukar nama BN. Gagasan pembangkang yang ada sekarang perlu diperkuatkan dengan kemasukan parti-parti yang baru supaya kita menawan balik kerajaan pada PRU15.

“Saya berikan tugas dan tanggungjawab ini kepada Nazri untuk menterjemahkan pelaksanaannya dalam tempoh terdekat ini dan kita harus mengorak langkah untuk menjadikan entiti baru ini sebagai parti pembangkang.

“Hasrat kita adalah mewujudkan 2 sistem parti bagi menyaingi parti-parti yang telah membentuk kerajaan setakat ini dan kaedah untuk melakukannya, saya akan berbincang dengan rakan-rakan presiden parti-parti teras dalam komponen.”

Beliau berkata demikian selepas merasmikan Perhimpunan Agung MIC ke-72 hari ini yang turut dihadiri Setiausaha Agungnya, Datuk Takiyuddin Hassan, Naib Presiden PAS, Datuk Iskandar Samad dan bekas exco Selangor, Dr Halimah Ali.

Nazri diumumkan sebagai pengganti Ahli Parlimen Putrajaya, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor yang menyandang jawatan setiausaha agung BN sejak 2009.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.