HomeNewsBeritaBusinessLifestyleOpinionWorldSportsPropertyEducationCarzillaGalleryVideosAccelerator

Razak Baginda sedia bantu SPRM siasat pembelian Scorpene

-

SPRM dilaporkan bertindak membuka semula kertas siasatan berhubung pembelian kapal selam tersebut kerana disyaki wujudnya penyelewengan.

0
Shares
Total Views: 1
Free Malaysia Today
Abdul Razak Baginda. (Gambar Facebook)

KUALA LUMPUR:
Penganalisis politik Abdul Razak Baginda menyatakan kesediaannya membantu Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) bagi membantu siasatan membabitkan pembelian kapal selam Scorpene pada 2002.

“Walau apa-apa pun, saya sentiasa bekerjsama dengan pihak berkuasa jika dipanggil, dalam mana-mana siasatan,” katanya kepada FMT.

SPRM sebelum ini dilaporkan bertindak membuka semula kertas siasatan berhubung pembelian kapal tersebut kerana disyaki wujudnya penyelewengan.

“Bekas perdana menteri Datuk Seri Najib Razak hari ini disiasat mengenai pembelian 2 kapal selam Scorpene yang dinamakan semula sebagai KD Tunku Abdul Rahman dan KD Tun Razak.

“Beberapa individu lain juga mungkin akan dipanggil untuk membantu siasatan,” kata sumber SPRM hari ini.

Pembelian 2 kapal selam Perancis itu dilakukan pada 2002 ketika Najib menjadi menteri pertahanan.

Najib menyelia pembelian 2 kapal selam jenis Scorpene dan 1 kapal selam jenis Agosta daripada unit limbungan tentera laut Perancis, DCN, bernilai hampir STG1 bilion (AS$1.17 bilion).

Sementara itu, Pusat Membanteras Rasuah dan Kronisme (C4) dan badan hak asasi manusia, Suara Rakyat Malaysia (Suaram) dalam satu kenyataan bersama mengalu-alukan keputusan SPRM membuka semula kertas siasatan membabitkan Scorpene.

Menurut C4 dan Suaram, SPRM sepatutnya sudah lama membuka semula kertas siasatan, walaupun tidak menafikan berpuas hati dengan perkembangan berkenaan.

Pada Julai lalu, Duta Besar Perancis ke Malaysia, Frédéric Laplanche menyatakan siasatan berhubung pembelian kapal selam Scorpene berjalan lancar dengan kedua-dua pihak berkuasa dalam bidang kehakiman Malaysia dan Perancis.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.