Krismas lebih bermakna dengan hadiah. Ini 7 idea hadiah menarik

Krismas lebih bermakna dengan hadiah. Ini 7 idea hadiah menarik

"Christmas is all about giving..." selari dengan fahaman itu, tidak salah jika kita membawa hadiah atau buah tangan, semasa melawat rakan taulan, kenalan, saudara-mara atau seseorang yang istimewa.

Pasti ramai yang tidak sabar untuk meraikan Krismas Selasa depan, terbayang keseronokan apabila dapat berkumpul beramai-ramai dengan saudara mara dan rakan taulan yang mungkin lama tidak ditemui dan inilah peluang terbaik untuk bertanya khabar.

Tapi dalam pertemuan yang ditunggu-tunggu, takkan kita mahu bertangan kosongkan?

“Christmas is all about giving…” selari dengan fahaman itu, tidak salah jika kita membawa hadiah atau buah tangan, semasa melawat rakan taulan, kenalan, saudara-mara atau seseorang yang istimewa.

Mungkin kalau sekadar buah tangan, anda boleh pertimbangkan perkara umum seperti buah-buahan, hamper, kek atau biskut dan coklat.

Namun, bagaimana jika ia khusus untuk seseorang? Ataupun tempat kerja anda mungkin merancang untuk adakan ‘gift exchange’ sempena Krimas, apa yang akan dibeli sebagai hadiah nanti?

Jangan risau, FMT Ohsem menyenaraikan 7 produk yang sesuai untuk diberikan sebagai tanda ingatan atau hadiah.

1) Beg Tangan

Seuai untuk ibu, kakak atau individu yang lebih tua daripada kita, dengan hadiah berkenaan si pemakai mungkin akan ingat kita sampai bila-bila, tetapi sebelum membeli hadiah berkenaan pastikan tahu cita rasa si pembeli tersebut.

Jangan ada yang merajuk selepas ini kerana tidak kena dengan selera.

Walaupun murah tetapi pemberian itu semestinya akan dikenang sampai bila-bila memandangkan beg tangan adalah entiti yang digunakan setiap masa.

2) Baju Kemeja

Hadiah sesuai untuk datuk, ayah atau lelaki yang anda hormati seperti, boss anda. Walaupun kelihatan simple tetapi ia sesuatu yang mempunyai ‘value’ kepada si penerima hadiah.

Dapatkan saiz yang tepat sebelum membelinya.

3) Hamper DIY

Ini peluang untuk tunjukkan kreativiti dengan mengubah hamper ‘custom-made’ sendiri. Ia bukan sahaja menjimatkan malah anda boleh memilih atau mengisi sendiri apa yang mahu dihadiahkan mengikut bajet. Jika anda memiliki bajet yang besar tidak salah buat hamper juga besar tetapi jika di sebaliknya, buatlah secara ikhlas janji semua gembira.

Paling senang penuhkan hamper itu dengan makanan seperti coklat dan biskut kegemaran, tapi boleh juga meletakkan beberapa barangan lain yang boleh digunakan bila-bila masa seperti tuala, wangi-wangian atau buah-buahan.

4) Barang mekap atau kit penjagaan kulit

Barangan penjagaan kulit atau alat mekap adalah yang sesuai untuk dihadiah kepada kaum wanita.

Kini terdapat banyak produk penjagaan muka membuat promosi sempena sambutan tersebut antaranya Body Shop, Sephora, Mac dan pelbagai lagi.

Tidak salah berbelanja lebih sedikit sempena perayaan ini, yang pasti dapat membahagiakan orang yang kita sayang atau hormati.

5) Buku dan majalah

Bagi mereka yang tidak mahu membazir apa kata kita cuba tukar hadiah tahun ini yang berbentuk ilmu.

Walaupun kelihatan janggal tetapi ia masih realisitik memandangkan pemberian hadiah itu boleh ‘memperkayakan’ ilmu pengetahuan si penerima.

Hadiah buku atau majalah, walaupun kelihatan serius tetapi ia bermanfaat kepada sesorang.

6) Puzzle

Selain menjamu selera, Krismas juga sinonim dengan hari berkumpul dan permainan seperti ‘puzzle’ dilihat sangat bersesuaian dijadikan sebagai hadiah ketika berkumpul sesama rakan atau keluarga.

Bukan sahaja dapat mengeratkan hubungan sesama keluarga ketika menyelesaikan ‘puzzle’ tetapi mencambahkan kreativiti melalui proses menyusun kotak berkenaan.

7) Kad atau baucer hadiah

Terdapat banyak pusat beli-belah dan rangkaian jenama yang menawarkan kad hadiah antaranya seperti Starbucks, Cotton On, Brand Outlet dan banyak lagi.

Anda hanya perlu mengunjungi premis tersebut membeli kad hadiah dan setiap kad berkenaan akan disertakan wang untuk membeli belah di premis berkenaan mengikut jumlah yang ditambah nilai.

Apa macam, berguna tak? Jadikan Krismas ini lebih bermakna dengan pemberian hadiah yang bernilai tinggi dari segi keikhlasannya.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.