Mengkudu punyai 1001 kebaikan

Mengkudu punyai 1001 kebaikan

Dalam merawat penyakit jantung, buah mengkudu mempunyai 1001 kebaikannya tersendiri. Penyakit ini antara salah satu penyakit yang menjadi pembunuh nombor 1 dalam kalangan masyarakat walau di mana berada.

Buah mengkudu juga dikenali dengan nama Morinda Citrifolia dalam bahasa Latin merupakan sepohon pokok yang bersaiz sederhana dan kebiasaannya tinggi pohon ini hanya mencapai antara 3 hingga 8 meter sahaja.

Khasiat yang ada pada buah mengkudu ini telah lama diketahui sejak dahulu lagi dalam mengubati pelbagai penyakit dan membantu penjagaan kesihatan yang baik untuk semua lapisan umur masyarakat.

Keistimewaan buah ini adalah unik iaitu berkerutu dan seperti berbiji dan mempunyai sejenis bauan yang kuat seperti makanan yang sudah rosak, ini yang menyebabkan tidak ramai yang ‘rela’ mencuba dan mengamalkan buah ini sebagai penawar kepada sebarang penyakit.

Walaupun baunya agak kuat dan kurang menyenangkan, buah mengkudu mengandungi pelbagai nutrien dan kebaikan tersendiri dalam membantu menjaga kesihatan kita seperti vitamin, zat seperti xeronine, proxeronine, steroid semula jadi, alizarin, sodium, dan sebagainya.

Buah mengkudu juga mengandungi scopoletin berfungsi sebagai anti-bakteria dan anti-radang kepada tubuh badan kita.

Dalam merawat penyakit hipertensi, anti-radang yang ada pada buah mengkudu bertindak dalam menurunkan tekanan darah secara berkesan dan selamat untuk diamalkan. Ini kerana, tekanan darah tinggi berpunca daripada saluran darah yang sempit.

Justeru, buah mengkudu mengandungi bahan yang mampu membantu melebarkan saluran darah menjadi sedia kala dan tekanan akan berkurangan sekaligus menurunkan tekanan darah.

Antara simptom kesakitan yang boleh dirawat dengan mengamalkan buah mengkudu adalah tekanan darah tinggi, masalah haid untuk kaum wanita, mampu menjadi ubat ‘pain killer’ semula jadi, dan menyembuhkan penyakit jantung.

Dalam merawat penyakit jantung, buah mengkudu mempunyai 1001 kebaikannya tersendiri. Penyakit ini satu daripada penyakit yang menjadi pembunuh nombor 1 dalam kalangan masyarakat walau di mana berada.

Buah mengkudu mempunyai kebaikan tersendiri dalam usaha merawat penyakit jantung. Beberapa kebaikan yang boleh anda temui dalam penggunaan buah mengkudu sebagai penawar semula jadi untuk menyihatkan tubuh badan anda. Khasiat daripada buah mengkudu dapat diperolehi dengan menjadikan jus mengkudu.

Terdapat beberapa kebaikan buah mengkudu yang anda bakal perolehi dalam merawat penyakit jantung. Antara kebaikannya ialah buah mengkudu sebagai sumber anti-oksida semula jadi, melancarkan peredaran darah, meningkatkan kesihatan jantung serta menurunkan tekanan darah tinggi menjadi stabil.

Sumber Anti-oksida Semula Jadi

Akibat kekurangan vitamin dalam badan, ia akan menyumbang kepada toksik dan menjadikan ia sebagai radikal bebas dalam badan. Peredaran radikal bebas dalam badan berpunca daripada tekanan perasaan dan pencemaran yang berlaku disekeliling. Pembebasan radikal bebas secara berlebihan akan menyebabkan sistem imunisasi badan menjadi lemah.

Oleh itu, ia akan menjurus kepada pelbagai penyakit kronik seperti penyakit jantung dan kanser. Justeru, anda disarankan untuk mengambil sayur-sayuran dan buah-buahan segar yang tinggi dengan kandungan anti-oksidan semula jadi terutama sekali buah mengkudu. Buah mengkudu diperkaya dengan kadar anti-oksidan yang tinggi berbanding buah-buahan lain seperti buah epal dan anggur.

Melancarkan peredaran darah

Terdapat beberapa kajian telah membuktikan bahawa buah mengkudu mengandungi bahan-bahan yang baik untuk kesihatan. Antaranya ialah asid amino tryptophan dan vitamin B kompleks iaitu vitamin B1, vitamin B2, vitamin B3, vitamin B5, vitamin B6 dan vitamin B12 yang berupaya menurunkan tekanan darah tinggi menjadi normal kembali. Ia adalah sebab utama kepada penyakit jantung dan pelbagai penyakit kronik.

Bagi melihat keberkesanan dalam pengambilan buah mengkudu, anda memerlukan tahap kesabaran dan mengamalkannya secara konsisten dalam membantu menurunkan tekanan darah. Pengambilannya juga perlu dijaga dan kuantiti yang dimakan haruslah betul supaya sistem peredaran darah menjadi lancar dan lebih baik daripada sebelumnya.

Pesakit jantung sangatlah digalakkan untuk mengamalkan pengambilan buah mengkudu sebagai penawar secara konsisten dalam memastikan keberkesanannya dalam merawat dan mencegah penyakit jantung.

Meningkatkan kesihatan jantung

Selain daripada melancarkan peredaran darah, buah mengkudu juga mampu meningkatkan kesihatan jantung secara menyeluruh. Lebih tepat, ia akan menjadikan jantung anda lebih sihat dan anda dapat melakukan sebarang aktiviti tanpa gangguan.

Ia mampu menjadikan otot-otot dalam saluran darah dan jantung lebih rileks dalam melaksanakan tugasan mengepam darah keseluruh tubuh dengan lebih baik dan sempurna. Dalam menjaga jantung, ia juga dapat menurunkan kadar kolestrol dalam darah dan mengawalnya supaya tidak berlebihan hingga menyebabkan berlaku mendapan pada dinding saluran darah.

Menurunkan tekanan darah tinggi menjadi stabil

Bagi anda yang menghidapi tekanan darah tinggi atau rendah, anda disarankan untuk mengambil buah mengkudu sebagai ubat semula jadi. Cara penyediaannya mudah, anda boleh makan buah mengkudu terus dengan hanya mengupas kulitnya terlebih dahulu dan makan begitu sahaja atau anda boleh rebus buah mengkudu menjadi lembut dan makan begitu sahaja.

Kandungan xeronine dalam buah mengkudu mempunyai manfaat yang baik dalam mengawal tekanan darah untuk kembali stabil dan normal seperti sedia kala. Kandungan scopoletin fitonutrien pula berupaya menggembangkan saluran darah yang telah sempit bagi memastikan paras tekanan darah kembali stabil dan tidak bekerja keras untuk mengepam darah keseluruh tubuh anda.

Kesimpulannya, kebaikan yang ada pada buah mengkudu sangat berguna dan memberi 1001 manfaat yang baik kepada kesihatan tubuh badan secara menyeluruh. Walaupun rupa tidak enak dipandang dan bau yang kurang menyenangkan tapi mempunyai banyak khasiat yang jarang orang ketahui.

Artikel ini pernah diterbitkan www.butterkicap.com

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.