
Foodpanda tampil lebih murah untuk 2019!
Ya, kalau anda asyik merungut harga barang dan perkhidmatan naik, foodpanda pula memberikan sesuatu yang lebih berbaloi untuk wang anda, iaitu mengurangkan kadar perkhidmatan berkuat kuasa 1 Januari lalu.
Mulai tahun ini, pelanggan sekitar Kuala Lumpur, Selangor dan Putrajaya, akan hanya dikenakan RM3.00 untuk caj penghantaran berbanding sebelum ini, RM5.00.
Manakala, jika anda menggunakan perkhidmatan ini di sekitar Pulau Pinang, Johor Bahru dan Kota Kinabalu hanya dikenakan caj sebanyak RM2.00 sahaja.
Bukan itu sahaja, kalau dulu anda dikenakan RM15 sebagai kadar minimum pesanan makanan, kini ia dikurangkan kepada RM10 sahaja.
Menurut Penggarah Urusan foodpanda Malaysia, Sayantan Das, pihaknya mahu lebih ramai rakyat Malaysia menikmati makanan baik dari mamak hingga ‘fine dining’ dari lokasi keselesaan pada harga murah.

“Kami mengenakan kadar harga baru agar pelanggan mendapat lebih nilai kepada wang menggunakan khidmat pesanan makanan foodpanda,” kata Das.

Foodpanda turut beroperasi di Hong Kong, Singapura, Thailand, Pakistan, Taiwan, Filipina, Bangladesh, Romania dan Bulgaria selain Malaysia.
Ia dimiliki Delivery Hero, perintis dalam industri penghantaran makanan sedunia.
Anda ada berita menarik untuk dikongsi? Sila email ke [email protected]