HomeNewsBeritaBusinessLifestyleOpinionWorldSportsPropertyEducationCarzillaGalleryVideosAccelerator

‘Peminat’ tawar RM5 juta untuk Proton 1

-

Tanda harga RM5 juta itu dibuat berdasarkan nilai sentimental dan sejarah yang dimiliki Proton 1.

0
Shares
Total Views: 1

Free Malaysia Today
Nampaknya ‘saham’ Proton 1 naik mencanak-canak.

Kereta Sultan Johor terus menjadi perhatian dan perbualan hangat rakyat selepas ‘menyaksikan’ Sultan Ibrahim memandunya sendiri ketika berkenan menghantar Dr. Mahathir ke lapangan terbang selepas pertemuan antara kedua-duanya baru-baru ini.

Kemasyhuran kereta ini mendorong seorang ahli perniagaan meletakkan nilai RM5 juta untuk Proton 1.

Tawaran istimewa itu dikongsi melalui satu muat naik di laman Facebook milik ahli perniagaan, Datuk Seri Zaienal Abidin.

https://www.facebook.com/datoseri.zaienal/posts/10214332043238897

Namun, Zaienal tidak mendedahkan nama ahli perniagaan yang membuat tawaran itu,

Tanda harga RM5 juta itu dibuat berdasarkan nilai sentimental dan sejarah yang dimiliki Proton 1.

Ia bukan sahaja kereta pertama keluaran Proton , tetapi juga kerana individu-individu yang pernah menggunakan kereta itu.

“Proton 1 ini pernah dipandu oleh 2 orang sultan, iaitu Almarhum Sultan Iskandar dan Sultan Ibrahim, dan dinaiki oleh ‘2’ perdana menteri, iaitu Perdana Menteri Keempat dan Perdana Menteri Ketujuh iaitu Tun Dr. Mahathir Mohamad,” katanya.

Nampaknya, tawaran harga RM5 juta itu adalah wajar dan bersesuaian.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.