Pandai masak tapi tak reti simpan bahan makanan dengan baik dan selamat. Ini boleh membantutkan niat memasak. Penat-penat membeli bahan masakan tetapi oleh kerana tidak tahu menyimpannya dengan baik, ia mudah rosak.

Alamatnya tak jadi lah dapur tu berasap!
Jangan risau, FMT Ohsem boleh membimbing anda dengan serba-sedikit pengetahuan ‘simpan bahan makanan mentah’.
Cara ini boleh membantu anda dalam memastikan bahan makanan mentah dapat diseimpan lebih segar dan lebih lama.
1. Epal
Epal perlu disimpan dalam suhu bilik namun kalau nak tahan lama, boleh sahaja disimpan di dalam peti sejuk. Kalau lama dalam suhu bilik, epal boleh rosak dengan cepat ataupun berkulat. Epal dalam peti sejuk mampu bertahan lebih dari seminggu.
2. Tepung gandum
Tepung gandum akan kekal segar tanpa kutu jika disimpan di dalam bekas kedap udara besi, kaca, ataupun plastik. Jangan sekali-sekala dibiarkan dengan diikat getah sahaja. Tepung gandum boleh tahan lama berbanding bahan masak lain. Namun, jika tidak ditutup dengan baik, ia mudah rosak.
Tepung gandum berprotein tinggi pula berbeza dengan tepung gandum biasa. Anda perlu menyimpan tepung gandum berprotein tinggi di dalam peti sejuk untuk melambatkan proses oksidasi.
3. Buah-buahan
Kita sering menyimpan buah di dalam peti sejuk tetapi pastikan ia bukan disimpan bersama. Ini akan menyebabkan buah cepat busuk kerana gas yang dikeluarkan oleh sayur dan buah berbeza.
4. Ubi kentang
Ubi kentang perlu disimpan di tempat kering, lembap, dan gelap untuk mengekalkan kesegarannya. Jangan disimpan di dalam peti sejuk kerana kanji dalam kentang akan bertukar menjadi gula. Ini akan menyebabkan ubi kentang terlalu manis dan warnanya akan berubah.
5. Bawang
Sama seperti ubi kentang, bawang juga sensitif. Ia perlu disimpan di ruang yang kering, gelap dan lembap, tetapi memerlukan udara untuk kekal segar. Bawang dan ubi kentang juga tidak boleh disimpan dalam tempat yang sama.
6. Daging
Anda selalu beli daging di pasar ataupun di pasaraya, bagaimana anda menyimpannya? Lazimnya ia disimpan di dalam peti sejuk beku bagi menghalang pembinaan bakteria.
Namun, sebaiknya ialah dengan memotong terus daging ikut saiz dan simpan dalam bekas, masukkan ke dalam peti sejuk beku. Jika mahu memasak, cuci bersih dahulu.
7. Sayuran
Sayur antara bahan memasak yang mudah rosak, lembik, berair atau kering dengan mudah jika tidak disimpan baik. Elak meletakkan sayur di dalam plastik terus ke dalam peti sejuk. Sayur-sayuran perlu di basuh terlebih dahulu kemudian dibalut dalam kertas selepas kering dan baru disimpan di dalam peti sejuk.
8. Beras
Beras adalah bahan makanan yang wajib ada di rumah. Tetapi masih ramai yang buntu memikirkan cara mengelak beras dihingapi kutu. Keluarkan beras dari bungkusan dan masukkan ke dalam bekas kedap udara untuk menghidarkan ia menjadi lembap. Letakkan cili kering dalam bekas beras itu bagi mengelak kutu.
9. Tomato
Tomoto adalah sayur/buah yang cukup sensitif dan sukar disimpan lama. Ia perlu dibiarkan di ruang terbuka, jauh dari cahaya, kelembapan, dan haba. Sebaiknya, tomato tidak disimpan di dalam peti sejuk, kerana ia akan menghilangkan teksturnya.
Lebih elok jika tomato diletakkan pada suhu bilik selama 3 hari sahaja digunakan segera.
10. Roti
Roti tidak sepatutnya disimpan di dalam peti ais atau peti beku. Ia akan menyebabkan roti cepat berkulat. Anda boleh memasukkan roti ke dalam pembakar roti untuk mengekalkan kesegarnnya.
Anda ada berita menarik untuk dikongsi? Sila email ke [email protected]