Kajian: Wanita kurus dan tinggi panjang umur

Kajian: Wanita kurus dan tinggi panjang umur

Wanita yang aktif secara fizikal selama 30 hingga 60 minit sehari adalah 21% lebih cenderung mencapai usia 90 tahun.

Satu kajian menunjukkan wanita yang tinggi dan kurus serta gembira mampu hidup sehingga 90 tahun berbanding lelaki rendah dan wanita bersaiz besar.

Jika wanita bersenam sejam setiap hari, mereka akan hidup lebih lama, menurut pakar sains Belanda.

Kadar jangka hayat semakin meningkat di beberapa negara maju, kata penyelidik utama Lloyd Brandts dari jabatan epidemiologi di Pusat Perubatan Universiti Maaastricht, Belanda.

“Kajian mendapati kedua-dua saiz badan dan aktiviti fizikal adalah saling berkait dengan jangka hayat seseorang, tetapi ia berbeza antara lelaki dan wanita,” kata Brandts.

Namun beliau mengingatkan bahawa kajian pemerhatian seperti ini tidak dapat membuktikan saiz badan dan aktiviti fizikal menyebabkan seseorang hidup lebih lama.

Wanita yang mempunyai ketinggian 5 kaki 9 inchi mempunyai kecenderungan sehingga 31% untuk mencapai umur 90 tahun berbanding wanita yang mempunyai tinggi 5 kaki 5 inchi. Manakala bagi lelaki, ketinggian tidak menunjukkan keputusan yang sama.

Lelaki yang aktif secara fizikal adalah lelaki yang melakukan senaman lebih daripada 90 minit sehari, lebih cenderung mencapai umur 90 tahun berbanding lelaki yang aktif secara fizikal tetapi kurang dari 30 minit sehari.

Dapatan kajian ini menggunakan 7,800 lelaki dan wanita berusia 55 hingga 69 tahun yang mengambil mengambil bahagian dalam Kajian Cohort Belanda, bermula pada tahun 1986.

Para peserta dalam kajian ini telah memberikan maklumat mengenai berat dan ketinggian mereka apabila mereka berusia 20 tahun. Mereka juga berkongsi aktiviti fizikal yang dilakukan pada masa lapang mereka.

Antara aktiviti fizikal yang dilakukan ialah seperti berkebun, berjalan di sekitar rumah, atau berbasikal ke tempat kerja dan bersukan.

Peserta dipantau sehingga mereka meninggal dunia atau sudah mencapai umur 90 tahun. Kelakuan seperti merokok dan sejarah penyakit juga memainkan peranan penting dalam menentukan jangka hayat, kata penulis kajian.

Pengarah Pusat Penyelidikan Pencegahan Yale Universiti, Dr. David Katz berkata, kebanyakan orang dewasa, lelaki dan wanita tidak dapat melakukan aktiviti fizikal setiap hari.

Bagaimanapun, tuntutan bahawa ketinggian dan berat badan menjejaskan jangka hayat hanyalah spekulasi sahaja, kata Katz.

Manfaat untuk menjadi kurus adalah faktor utama dalam kalangan lelaki dan juga wanita.

Wanita secara konsisten menderita akibat masalah obesiti lebih tinggi daripada lelaki. Ini kerana berat badan berlebihan bukanlah satu stigma negatif bagi lelaki dan masalah kesihatan mental cenderung menaikkan berat badan dari masa ke semasa.

Wanita yang mempunyai berat badan berlebihan pula cenderung akan menghidapi sakit mental kerana tertekan sehingga menyukarkan mereka mencapai usia 90 tahun, kata Katz.

Anda ada berita menarik untuk dikongsi? Sila email ke [email protected]

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.