HomeNewsBeritaBusinessLifestyleOpinionWorldSportsPropertyEducationCarzillaGalleryVideosAccelerator

Malaysia, tersenarai sebagai negara perubatan terbaik

-

Kenaikan kos rawatan secara global mendesak pelbagai negara menceburi perubatan pelancongan yang menjadi salah satu industri rancak dan menjana ekonomi.

0
Shares
Total Views: 1

Free Malaysia Today
Hospital bukanlah satu tempat yang ingin dikunjungi oleh mana-mana pihak kecuali atas sebab melahirkan cahaya mata.

Tetapi apabila jatuh sakit, kita tiada pilihan lain. Itupun kita mahu yang terbaik, tidak kisah hospital swasta atau kerajaan, sebagai pesakit yang sedang berdepan masalah kesihatan, kita mendambakan perkhidmatan penjagaan bertaraf 5 bintang.

Kenaikan kos rawatan secara global mendesak pelbagai negara menceburi perubatan pelancongan yang menjadi salah satu industri rancak dan menjana ekonomi.

Pelancongan perubatan ini membuka pintu kepada negara-negara yang mempunyai pakej perubatan menarik untuk menjadi destinasi pesakit dan seterusnya membuka kepada pelbagai peluang lain bagi menjana ekonomi.

Menurut Patients Beyond Borders, 5 negara menawarkan rawatan perubatan terbaik sekali gus mampu mengubah imej menjadi destinasi pelancongan yang mampu merangsang pembangunan ekonomi negara untuk jangka masa panjang.

Menariknya, 2 negara dari Asia Tenggara dipetik dalam senarai itu, termasuk Malaysia.

1. Singapura

Status negara maju dan kelengkapan kemudahan bertaraf dunia menjadikan Singapura ‘berjaya’ menarik minat masyarakat dunia mengunjungi negara itu bagi rawatan kelas antarabangsa. Malah menurut penilaian Organisasi Kesihatan Dunia (WHO), Singapura dinobatkan sebagai negara yang memiliki sisten perubatan paling efisien selain pakar berkemahiran tinggi.

Singapura juga berada dalam kedudukan terbaik dunia dan terbukti apabila kadar kematian bayi paling rendah selain mempunyai kadar jangka hayat lebih baik berbanding negara-negara maju lain. Jadi tidak hairanlah Singapura antara satu daripada destinasi terbaik pesakit untuk mendapat rawatan.

2. Costa Rica

Keprihatinan kerajaan tersebut dalam memastikan sektor kesihatan diberi keutamaan terutama kepada rakyatnya sendiri turut menyumbang menjadi pilihan pesakit global.
Malah negara itu turut berada dalam kedudukan tinggi berbanding Amerika dan Kanada bagi kepakaran pergigian dan pembedahan kosmetik selain membina nama dalam bidang pembedahan mata, terapi kanser dan pembedahan bariatrik.

Negara ini mengamalkan 2 sistem iaitu sektor swasta dan satu lagi digelarkan ‘caja’ di mana rakyat melabur sumbangan bulanan dalam bentuk potongan gaji antara 6% hingga 12% untuk melindungi seluruh ahli keluarga. Kos perubatan di negara ini 45% hingga 65% lebih rendah daripada Amerika.

3. India

India, walaupun dijolok sebagai negara dunia ketiga tetapi ia sering menjadi sasaran pelancong ekoran kos perubatannya yang sanggat murah, secara purata 75% lebih rendah daripada perbelanjaan umum.

Pada 2017, dianggarkan pelancongan perubatan di India sahaja mempunyai nilai terkumpul hampir RM8.8 bilion selepas lebih 100,000 pesakit luar mengunjungi ke negara Taj Mahal itu.

Di India, pesakit di bawah industri pelancongan perubatan akan menikmati pelbagai kemudahan, kemewahan dan penjagaan berkualiti. Sesetengah hospital swasta turut menyediakan pakej kesihatan untuk pelancong asing termasuk pengambilan dari lapangan terbang, Wi Fi percuma dan chef peribadi. Tiada ‘waktu tunggu’ untuk pesakit asing memandangkan penjadualan untuk semua pembedahan atau pemeriksaan akan dilakukan sesegera mungkin.

4. Korea Selatan

Korea Selatan salah sebuah negara yang mempunyai kecanggihan teknologi terulung dunia. Di sini, pesakit menerima rawatan bertaraf mewah menggunakan sokongan teknologi berinovasi dan kaki tangan yang terlatih. Hospital Wooridul Spine di Seoul misalnya antara hospital terbaik untuk pembedahan tulang belakang ‘minimally-invasive’ di negara tersebut dengan lebih 20,000 prosedur dilakukan setiap tahun.

Pelancong asing juga tertarik dengan tawaran insuran yang meliputi kecederaan, penyakit berkaitan tekanan dan kematian akibat sesuatu prosedur ketika rawatan. Kos rawatan di Korea Selatan 30% hingga 45% kurang berbanding perbelanjaan di Amerika Syarikat.

5. Malaysia

Malaysia kini semakin dikenali bukan sahaja kerana kepelbagaian budaya tetapi juga kos rawatan kesihatan yang rendah berbanding negara lain serta fasiliti yang baik dan mencukupi.

Dibarisi doktor-doktor yang yang mampu bertutur dalam pelbagai bahasa, ia memudahkan pelancong asing yang meminati penjagaan kesihatan negara ini. Pulau Pinang dan Kuala Lumpur antara pusat bagi mendapatkan rawatan perubatan.

Malah pesakit diberikan pilihan untuk memilih rawatan di hospital kerajaan melalui konsep full paying patient atau hospital swasta yang menawarkan keselesaan yang lebih baik.
Dari tahun ke tahun jumlah pelancong perubatan ke negara ini meningkat 100% sekali gus membantu meningkatkan ekonomi negara.

Tahun lalu dicatatkan 32 juta pelancong mengunjungi negara ini dan daripadanya 1.1 juta adalah untuk tujuan perubatan.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.