
Ubat-ubatan yang diambil atas pencegahan ataupun melegakan sakit tidak semestinya memberi keselesaan yang sempurna. Ini kerana kesan sampingan ubat-ubatan tertentu boleh membuatkan diri seseorang letih dan lemah.
Ini kerana ia akan menjejaskan bahan kimia di dalam otak yang dipanggil neurontransmitter di mana urat saraf anda akan menggunakannya untuk menyampaikan mesej yang salah kepada tubuh.
Kesan sesetengah ubat ini akan mengawal anda dari terjaga atau mengantuk manakala ada yang akan menyebabkan anda keletihan. Kita lazim menggunakan ubat ini dan terkesan tetapi munkin tidak sedar.
Laman kesihatan WebMd menyenarai 7 jenis ubat yang akan membuatkan anda menjadi lemah dan rasa ingin tidur atau mengantuk:
1. Ubat alahan
Ubat alahan seperti antihistamin, diphenhydramine, brompheniramine, hydroxyzine dan meclizine mengandungi pil tidur yang menyebabkan anda mengantuk.
2. Ubat antidepressi
Ubat-ubatan jenis antidepressi seperti tricyclics boleh membuatkan anda berasa letih dan mengantuk. Sesetengahnya lebih cenderung untuk buatkan anda terus tidak berdaya.
3. Ubat resah
Benzodiazepines like alprazolam (Xanax), clonazepam (Klonopin), diazepam (Valium), dan lorazepam (Ativan) akan membuatkan anda berasa mual ataupun lemah selama beberapa jam untuk beberapa hari bergantung kepada jumlah dos yang diambil.
4. Ubat tekanan darah
Ubat penyekat tekanan darah, seperti atenolol, (Tenormin), metoprolol tartrate(Lopressor0, metoprolol succinate (Toprol XL), dan propranolol hydrochloride (Inderal) boleh melambatkan denyutan jantung yang membuatkan anda berasa penat.
4. Rawatan kanser
Rawatan kanser yang berbeza akan membuatkan seseorang berasa letih dengan mengubah tahap protein dan hormon dalam tubuh badan seseorang.
Ia akan membunuh sel kanser dan juga akan memusnahkan beberapa sel normal dalam badan. Badan akan akan menggunakan semua tenaga tambahan untuk memperbaiki semula sel tersebut.
5. Ubat sakit perut
Dadah dalam ubat ini akan mengawal anda dari terus muntah dan menghalang anda untuk membuang air besar berulang kali ketika cirit birit. Tetapi ubat ini akan memberikan anda rasa mengantuk bagi merehatkan diri.
6. Ubat penenang otot
Kebanyakan ubat penenang otot tidak berfungsi pada otot secara langsung. Sebaliknya ia adalah untuk saraf otot dan otot tulang belakang berehat. Kesannya ia akan membuatkan sistem saraf anda penat.
7. Ubat Opioid
Ia bertindak sebagai bahan kimia untuk mengawal rasa sakit iaitu edorfin. Kebiasaannya bagi menggantikan penggunaan morfin.
Jika ubat yang anda ambil tidak disenaraikan di sini, semak label ubat anda, jikalau ia tertulis, “ubat ini akan buat anda mengantuk,’ adalah amaran untuk tidak terlibat dalam aktiviti tertentu seperti memandu.
Namun, ia tidak bermakna anda kena berhenti mengambil ubat yang diberikan oleh doktor sebaliknya lawan kesan sampingan ubat tersebut dengan melakukan senaman seperti berjalan pantas ataupun merengangkan badan, tarik nafas dan minum sedikit kafein seperti kopi dan teh.
Anda ada berita menarik untuk dikongsi? Sila email ke [email protected]