Mandikan bayi pun ada caranya

Mandikan bayi pun ada caranya

Nak mandikan bayi juga ada cara tertentu supaya si kecil tidak terkejut dan kesejukan menyebabkannya terus meragam.

Ibu muda yang baru melahirkan bayi pasti tidak berani memandikan sendiri anak yang masih merah di tambah pula keadaan si ibu sendiri masih tidak kuat.

Tapi sampai bila perlukan bantuan pihak lain, si ibu perlu belajar supaya memudahkan urusan memandikan bayi.

Nak mandikan bayi juga ada cara tertentu supaya si kecil tidak terkejut dan kesejukan menyebabkan terus meragam.

Malah, cara yang betul memainkan peranan penting dalam membentuk aliran darah dan pembetukan tulang yang baik.

FMT Ohsem menyenarai beberapa cara terbaik untuk membantu ibu muda terutama yang pertama kali menjadi ibu untuk memandikan anak.

1. Basuh kemaluan bayi sebelum mandikan

Ini penting supaya air yang disediakan dalam bekas khas itu tidak tercemar dengan air najis.
Mulakan dengan mengelap kemaluan bayi sebelum masukkan ke dalam bekas tersebut.

2. Jangan mandikan terlalu awal

Seeloknya mandikan bayi selepas matahari, sebaiknya pukul 10 pagi tapi tidaklah terlalu pagi kerana waktu tersebut fisiologi kitaran darah dan degupan bayi dalam keadaan tenang.

3. Pastikan suhu air untuk dimandikan

Periksa dahulu suhu air untuk mandikan si kecil supaya tidak terlalu panas dan juga terlalu sejuk, mulakan dengan masukkan air sejuk dahulu sebelum air panas supaya kurangkan risiko bayi melecur.

4. Elak air sejuk

Jangan mandikan bayi dengan air sejuk kerana akan membuatkan kulit bayi kering selain tidak bagus untuk kesihatan dan menyebabkan bayi terkejut jika memandikan dengan air sejuk.

5. Elakkan mandikan bayi selepas menyusu

Amal memandikan dahulu baru menyusu kerana menyusu terlebih awal menyebabkan bayi muntah ketika mandi.

6. Mulakan siraman bayi dari belakang, kaki seterusnya naik ke punggung.

Ini penting supaya bayi tidak terkejut, gosokkan dan belai tubuh bayi dengan lembut, akan membuatkan pengaliran darah si kecil lancar.

7. Siram dari belakang hingga ke kepala

Siraman di bahagian kepala perlu perlahan supaya air tidak masuk telinga dan mata.

8. Elakkan siram di bahagian muka

Perkara itu dibimbangi kerana lemas, air yang masuk ke hidung juga menyebabkan hidungnya lembap dan berisiko selesema dan jangkitan kuman.

9. Siraman terakhir dari atas dada dan seterusnya ke bawah

Elakkan menyapu sabun di bahagian depan bayi ini kerana sabun akan melembapkan bahagian pusat dan sekali gus melambatkan tali pusat tertanggal.

10. Segera lap badan selepas mandi

Mulakan lap dari bahagian kepala terutama di ubun-ubun, jangan biarkan basah kerana akan menyebabkan paru-paru berair.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.