HomeNewsBeritaBusinessLifestyleOpinionWorldSportsPropertyEducationCarzillaGalleryVideosAccelerator

Dr M berusaha kembalikan kedudukan Malaysia sebagai ‘Harimau Asia’, kata menteri

-

Menteri Pembangunan Usahawan, Redzuan Yusof berkata, kerajaan sedang mencari jalan untuk memperkasakan ekonomi dan mensejahterakan kehidupan rakyat.

0
Shares
Total Views: 1
Free Malaysia Today
Mohd Redzuan Yusof (kanan) bergambar dengan Mohd Rodhi Abd Hamid (tengah) ketika melancarkan koleksi syiling peringatan sempena kemenangan PH pada PRU14 di ibu negara, semalam.

PETALING JAYA:
Kerajaan pimpinan Dr Mahathir Mohamad sedang berusaha mengembalikan kedudukan Malaysia sebagai “Harimau Asia”, kata Menteri Pembangunan Usahawan, Mohd Redzuan Yusof.

“Usaha memperkasa ekonomi dan mensejahtera kehidupan rakyat sedang dan akan terus diikhtiarkan pihak kerajaan,” katanya ketika berucap melancarkan koleksi syiling peringatan emas sempena kemenangan Pakatan Harapan pada pilihan raya umum ke-14, di ibu negara semalam.

Gelaran Harimau diberikan kepada ekonomi negara Asia yang pesat membangun pada 1960-an hingga 1990-an. Empat negara yang diberikan gelaran itu ialah Singapura, Hong Kong, Taiwan dan Korea Selatan, manakala Malaysia, Indonesia, Thailand, Filipina dan Vietnam diberi gelaran “Tiger Cub Economies” (Ekonomi Anak Harimau).

Redzuan berkata, kejayaan Mahathir kembali menerajui kerajaan buat kali ke-2 adalah sejarah politik luar biasa yang diakui masyarakat dunia.

Free Malaysia Today
Koleksi syiling peringatan emas Dr Mahathir Mohamad sempena kemenangan PH pada PRU14, Mei tahun lalu.

Sementara itu, Pengerusi Puncak Julung Enterprise, Mohd Rodhi Abd Hamid berkata, kejayaan Mahathir menerajui kemenangan PH dalam PRU14 adalah sejarah yang wajar diingati rakyat dan syiling peringatan itu boleh dijadikan kenangan yang dikongsi bersama generasi akan datang.

Katanya, syiling peringatan itu juga mampu menyemai semangat patriotik di kalangan rakyat.

Koleksi syiling emas tulen 999 seberat 0.1g itu dijual pada harga RM160, mulai semalam.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.