Pemain bola sepak sentiasa jaga penampilan dengan stail rambut ikut trend terkini

Pemain bola sepak sentiasa jaga penampilan dengan stail rambut ikut trend terkini

Sebagai pemain bola sepak selain daripada mempunyai skil bermain mereka juga menjaga penampilan agar terus menjadi idola kepada peminat tegar

Siapa kata sebagai seorang pemain bola tidak boleh bergaya… malah jangan terkejut apabila ada pemain bola yang lebih stylo daripada artis.

Selain daripada boot bola yang fancy, rambut pemain bola di atas padang juga main peranan penting.

Ini kerana peminat bola sepak selain daripada suka melihat aksi skil pemain kesayangan mereka, stail dan kekemasan rambut juga mencuri tumpuan peminat bola sepak ini.

Jom kita tengok siapa yang paling pandai jaga rambut meskipun bermandi peluh dalam padang.

Cristiano Ronaldo

Cristiano Ronaldo antara pemain bola sepak yang sangat mengambil berat mengenai penampilan diri.

Semua orang pun boleh nampak macam mana penampilan CR7 kat luar atau dalam padang.

Rambut CR7 tak pernah mengecewakan peminat-peminatnya.

Sekarang ni style rambut CR7 nampaknya lebih matang dan simple.

Sergio Ramos

Pertahanan yang paling ganas buat masa sekarang ini sudah tentulah Sergio Ramos.

Ramos sentiasa nampak kemas dengan gaya rambutnya.

Sebelum ini Ramos pernah berambut panjang tapi rambut pendek siap berpomade nampak lagi smart.

Paul Pogba

Kalau cakap pasal rambut sekarang ni, Pogba adalah orang yang sesuai.

Tapi selalunya Pogba suka gunakan warna-warna rambut yang fancy dan mampu tarik perhatian peminat bola sepak.

Namun stail rambut lebih kurang sama sahaja.

Hector Bellerin

Pemain pertahanan Arsenal yang berumur 24 tahun ni memang dah biasa curi perhatian dengan baju-baju yang dipakai kat luar padang.

Tapi kali ini kita fokus dengan Hector Bellerin yang sekarang ini semakin selesa berambut panjang.

Bagaimanapun dalam padang kena Bellerin lah ikat rambutnya.

Neymar Jr

Seorang lagi pemain yang menjadi kegilaan peminat bola sepak adalah Neymar.

Bintang Paris Saint-Germain (PSG), ini dilihat kerap menukar stail rambutnya.

Asalnya rambut Neymar hanyalah kerinting namun kini Neymar sudah pandai menggayakan rambut agar penampilan nampak lebih kemas.

Anda ada berita menarik untuk dikongsi? Sila email ke [email protected]

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.