HomeNewsBeritaBusinessLifestyleOpinionWorldSportsPropertyEducationCarzillaGalleryVideosAccelerator

5 jenis ikan dikatakan penyebab gatal dan angin badan

-

Siapa sangka sesetengah jenis ikan, badan akan jadi gatal-gatal dan perut berangin

0
Shares
Total Views: 1

Free Malaysia Today
Benarlah kata orang-orang tua bahawa makanan yang kita ambil mempunyai kelebihan dan keburukan.

Terutama sekali makanan yang dikatakan mempunyai banyak ‘angin’ dan boleh membuatkan tubuh badan kita memberi tindak balas yang kita sendiri tidak sangka.

Kadang-kadang perasan atau tidak apabila kita makan sesetengah jenis ikan, badan kita akan jadi gatal-gatal dan perut berangin.

Kenapa boleh jadi macam itu? Ikan pun ada angin ke?

Top 5 ikan paling gatal, paling “angin”

Gatal ekzema tak henti? “Angin” dan mental akibat refluks asid dan kembung?

Sakit kepala migrain tak kurang-kurang? Loya dan nak muntah, perut tak selesa? Bengkak sana-sini… Anda tengah berpantang lepas bersalin?

Berpantang ni bukan perkara sia-sia macam sesetengah orang fikirkan.

Memanglah lain individu lain reaksi.. tetapi bagi mereka yang alah, berpantang mungkin menyelamatkan nyawa, jiwa dan raga.

Contohnya lepas bersalin, orang tua-tua tak mengarut bila mereka kata kena pantang lepas bersalin.

Itu mengikut pemerhatian mereka terhadap reaksi makanan kepada badan.

Mengambil contoh :

Pemakanan tinggi peram, makanan ikan tertentu boleh menyebabkan luka mudah bengkak dan badan jadi sensitif.

Rahim juga lambat pemulihannya. Orang tua panggil BENTAN.

Dari segi teori saintifik, histamin berlebihan di dalam badan menyebabkan:

  • Badan jadi SENSITIF, mudah radang bengkak secara teorinya.
  • Histamin berlebihan juga menyebabkan pergerakan rahim menjadi hiperaktif. Rasa sakit seperti senggugut.
  • Emosi boleh terganggu. Kerisauan, fikir negatif banyak-banyak.
  • Badan jadi gatal dan ruam timbul.
  • Asid perut naik, perut jadi kembung, aktif dan berbunyi. Loya dan cirit birit.

Maka bagi mereka yang sensitif, terutamanya mereka yang ada sejarah keluarga alaha seperti ekzema, resdung dan asma, pantang dahulu makanan histamin buat sementara.

Inilah 5 jenis ikan yang anda perlu elak

1. Ikan kembung

Free Malaysia Today

2. Ikan tongkol

Free Malaysia Today

3. Ikan cencaru

Free Malaysia Today

4. Ikan bawal (hitam/emas)

Free Malaysia Today

5. Ikan pari

Free Malaysia Today

Tak salah untuk makan tetapi dinasiihatkan untuk anda mendapat preskripsi yang betul dari pakar supaya tak tersalah jumlah ikan yang diambil nanti ya!

Sumber: Hafiz Sulaiman

Anda ada berita menarik untuk dikongsi? Sila email ke fmtohsem@freemalaysiatoday.com

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.