![Free Malaysia Today](/_next/image/?url=https%3A%2F%2Fmedia.freemalaysiatoday.com%2Fwp-content%2Fuploads%2F2019%2F03%2Ffmt-Azis-Jamman-bernama-26319.jpg&w=3840&q=75)
Sebaliknya beliau berkata, mana-mana Pati yang ditangkap akan ditahan, didakwa dan dihantar pulang ke negara asal.
“Kerajaan negeri diterajui Warisan tiada kuasa memberi taraf kewarganegaraan kepada Pati, malah program pendaftaran rakyat tanpa negara akan diselaras sepenuhnya oleh Jabatan Imigresen di bawah Kementerian Dalam Negeri.
“Program ini pun masih di peringkat cadangan dan belum dilaksanakan dan jika ia dilaksanakan, kementerian yang bertanggungjawab ialah Kementerian Dalam Negeri di bawah Muhyiddin Yassin,” katanya dalam satu kenyataan, di sini, hari ini.
Beliau mengulas isu yang disentuh oleh ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Sulaman, Hajiji Mohd Noor, mengenai Pati yang tular di media sosial, mengenai kerajaan negeri Sabah memberi dokumen kepada mereka.
Azis, yang juga ketua Wira Warisan berkata, ada kemungkinan Hajiji memaksudkan rakyat tanpa negara di Sabah, yakni golongan yang lahir dan membesar di negeri itu, malah menjadi generasi ke-3 dan ke-4 yang ]tidak diiktiraf oleh Filipina sebagai rakyatnya.
Katanya, masalah sama turut berlaku di semenanjung yang diperjuangkan oleh kebanyakan ahli Parlimen Pakatan Harapan (PH) di Parlimen bahawa kerajaan perlu memberikan golongan itu dokumen tertentu agar jumlah mereka dapat diketahui.
Menurutnya Timbalan Perdana Menteri, Dr Wan Azizah Wan Ismail, dengan lantang bersuara supaya kanak-kanak tanpa negara yang ibu bapa mereka yang tidak boleh dikenal pasti, perlu diberikan dokumen supaya mereka boleh bersekolah.
“Namun begitu kita bukan berikan kewarganegaraan, cuma dokumen. Kita berikan dokumen supaya kita ada data dan jumlah mereka yang gagal ditangani kerajaan (di bawah kepimpinan) Umno dulu,” kata Azis.
Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram