HomeNewsBeritaBusinessLifestyleOpinionWorldSportsPropertyEducationCarzillaGalleryVideosAccelerator

Kumpulan pelajar bidas UTM nafi soal siasat 6 jam

-

MJIIT Voices berkata, satu perjanjian dibuat untuk 3 ahli kumpulan itu memberi kenyataan dari 5 petang hingga 7 malam 29 Mei lalu, tetapi mereka kemudiannya dipanggil satu persatu dan disoal siasat selama 6 jam.

0
Shares
Total Views: 1
Free Malaysia Today
Kira-kira 200 pelajar mengadakan protes di depan kampus UTM KL bagi menuntut pemansuhan yuran khas antara RM2,855 hingga RM4,055.

PETALING JAYA:
Sebuah kumpulan pelajar Universiti Teknologi Malaysia mendakwa pihak berkuasa universiti itu membuat “kenyataan tidak konsisten dengan fakta” dalam menafikan beberapa pelajar disoal siasat selama 6 jam kerana menganjurkan satu protes.

MJIIT Voices, satu kumpulan pelajar di Institut Teknologi Antarabangsa Malaysia-Jepun di UTM, berkata satu perjanjian dibuat untuk 3 ahli daripada kumpulan mereka untuk memberi kenyataan kepada pihak berkuasa universiti dari 5 petang hingga 7 malam pada 29 Mei lalu.

Tetapi, kumpulan itu berkata, mereka dipanggil satu persatu dan disoal siasat polis bantuan UTM selama 6 jam sehingga 11 malam Rabu lalu.

Khamis lalu, kumpulan pelajar Gabungan Pembebasan Akademik dilaporkan mendakwa pengurusan UTM menyoal siasat 3 pelajar tanpa henti selama 6 jam pada minggu peperiksaan.

Tetapi, UTM menafikan dakwaan itu dengan berkata, setiap pelajar hanya ditemubual kurang daripada sejam 40 minit, termasuk masa berbuka puasa.

Siasatan itu susulan satu tunjuk perasaan 200 pelajar di depan kampus UTM KL pada April lalu bagi menuntut pemansuhan yuran khas antara RM2,855 hingga RM4,055.

Hari ini, MJIIT Voices dalam satu kenyataan mengkritik kenyataan UTM yang disifatkan berdolak-dalik, tidak konsisten dengan fakta serta membuang masa mengadakan soal siasat.

Katanya, UTM tidak mematuhi prosedur (menjalankan siasatan) kerana polis bantuan menghubungi 3 pelajar terbabit melalui SMS dan hanya diberi masa kurang 24 jam untuk menghadiri sesi soal siasat itu tanpa surat hitam putih.

“Polis bantuan telah mengarahkan mahasiswa untuk berjumpa dengan segera tanpa memaklumkan mereka perlu hadir untuk memberi keterangan, di mana keterangan tersebut boleh diguna kembali ke atas diri mereka.”

MJIIT Voices berkata, UTM turut menggunakan Akta Universiti dan Kolej Universiti 1971 untuk “mengugut” pelajar terbabit.

UTM sebelum ini dilaporkan berkata, ia tidak berhasrat mengambil sebarang tindakan tatatertib terhadap 3 pelajar itu.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.