Pelikkan kalau suami yang muntah-muntah, loya dan mood swing semasa isteri mengandung?

Walaupun mungkin jarang kita dengar, sebenarnya memang ada istilah saintifik untuk femonena ini yang dikenali sebagai sindrom “couvade” atau “sympathetic pregnancy symptoms”.
Mesti ramai yang tertanya-tanya bagaimana ia boleh berlaku, sama ada ia serius dan berapa lamakah ia akan berlaku pada suami?
5 perkara tentang sindrom “couvade” aka sindrom ”pembawakan budak” pada suami
Sindrom “couvade” kondisi di mana si suami mengalami gejala kehamilan, seperti mual, susah tidur, mengidam, naik berat badan atau mood swing.
Malah, ada suami yang mengalami tahap lebih serius turut merasakan senak perut macam nak bersalin.
Fenonema ini dikaji dan didapati ia dialami oleh ramai suami.
Laporan penelitian tahun 2005 menyatakan bahawa 90% lelaki yang isterinya sedang mengandung akan mengalami sekurang-kurangnya salah satu daripada gejala-gejala ini pada awal kehamilan.
Bagaimana agaknya lelaki yang boleh rasa sedangkan secara fizikalnya mereka tak mengalami perubahan fizikal, atau lebih tepat lagi mereka ini tak mengandung?
Sebahagian para pengkaji percaya bahawa gejala sindrom “couvade” seperti mengidam dan mual-mual yang dirasakan tersebut berpunca daripada masalah psikologi lelaki yang “cemburu” dengan bayi yang dikandungkan dan terpaksa bersaing untuk mendapatkan perhatian daripada isterinya.
Namun mungkin ramai yang kurang bersetuju dengan teori ini dan ia memerlukan lebih bukti saintifik.
Dalam penjelasan lain pula menerangkan bahawa sindrom “couvade” muncul kerana bakal ayah dilanda rasa excited, dan pada masa yang sama turut bimbang serta nervous terhadap perubahan hidup yang akan dialaminya dalam sedikit masa lagi.
Rasa cemas ini mendorong mereka mencari melakukan sesuatu yang dapat melegakan stres, contohnya dengan makan lebih banyak sehingga berat badan bertambah.
Menurut pakar perbidanan, dengan bertambahnya berat badan, jaringan lemak semakin banyak yang akan mengubah testosteron menjadi estrogen.
Peningkatan tahap estrogen ini boleh menyebabkan mood swing dan rasa mual.
Sementara itu, terdapat gejala yang dikaitkan dengan pengaruh terhadap perubahan yang berlaku pada si isteri.
Contohnya mungkin suami mengalami perasaan simpati terhadap isteri kerana isteri yang mengandung susah tidur malam.
Jadi, waktu tidur suami juga berkurang kerana menemani isteri.
Menurut kajian, pasangan suami yang mengalami kesukaran untuk hamil lebih cenderung mengalami simptom ini.
Mungkin ada yang terasa kelakar, tapi sebenarnya isteri patut memahami bahawa sememangnya ada suami yang lebih sensitif dan secara emosinya begitu terikat dengan keadaan isteri ketika hamil.
Kajian menunjukkan sindrom “couvade” ini biasanya bermula pada akhir trimester pertama dan boleh menjadi berterusan hingga trimester ketiga.
Banyak langkah yang boleh dilakukan bagi mengurangkan rasa ini, contohnya makan dalam kuantiti sedikit tetapi kerap.
Namun satu-satunya “penawar” yang benar-benar berkesan adalah kelahiran bayi itu sendiri, di mana semua simptom akan hilang dengan sendirinya.
Ia tidak merbahaya
Sehingga kini, masih belum ada kajian lengkap tentang sindrom “couvade” ini secara terperinci.
Berita baiknya, simptom ini jarang merbahaya dan boleh diatasi dengan tips-tips biasa yang dilakukan oleh wanita yang mengalami morning sickness.
Jika ini berlaku pada suami anda, janganlah gelakkan mereka ya. Sebaliknya cuba beri ruang untuk suami relaks.
Berikan urutan dan mungkin anda boleh berbincang untuk mengurangkan rasa cemas atau bimbang yang dialaminya.
Mesti ada yang pernah mengalaminya kan? Jom kongsikan dengan kami!
Sumber: Verywell Family, PijarPsikologi, Independent.co.uk
Anda ada berita menarik untuk dikongsi? Sila email ke fmtohsem@freemalaysiatoday.com
Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram