
KUALA LUMPUR: Bekas ketua Pemuda PKR Santubong, Haziq Aziz dan 4 yang lain, yang ditahan pada Ahad untuk membantu siasatan polis ke atas siri video seks sejenis yang menyasarkan Menteri Hal Ehwal Ekonomi, Azmin Ali, mahu mencabar pehananan reman 6 hari mereka.
Peguam, R Sivahnanthan berkata cabaran itu akan didengari Hakim Colin Lawrence Sequerah di Mahkamah Tinggi esok.
“Semalam, kami memfailkan semakan bawah Kanun Tatacara Jenayah kerana prosedur reman tidak dipatuhi, sementara tempoh 6 hari itu pula terlalu lama,” katanya, yang mewakili mereka bersama Ramesh Sivakumar.
Seorang lagi suspek, yang diwakili peguam lain, tidak mencabar tempoh penahanan itu.