HomeNewsBeritaBusinessLifestyleOpinionWorldSportsPropertyEducationCarzillaGalleryVideosAccelerator

Mana lagi bagus cuci tangan dengan sabun atau sanitizer?

-

Kebersihan tangan asas utama yang perlu dititik beratkan kerana daripada tangan semua sentuhan akan berlaku.

186
Shares
Total Views: 49

Free Malaysia Today
Tangan adalah agen penyebaran bakteria dan virus.

Penyakit yang berjangkit melalui sentuhan boleh disebarkan secara langsung menerusi sentuhan dengan orang yang berjangkit, bendalir badannya atau permukaan yang tercemar.

Jadi untuk menyingkirkan semua itu, anda boleh mencuci tangan sebetulnya.

Mencuci tangan dengan betul menggunakan sabun amat perlu pada lima titik kebersihan tangan sepanjang hari untuk mencegah penyebaran kuman.

Orang ramai mengamalkan konsep ‘bilas tetapi bukan mencuci’, kerana mereka menganggap bahawa membilas tangan dengan air sudah cukup untuk membersihkan tangan.

Tetapi tanggapan ini tidak tepat.

Tahukah ada bezanya cuci tangan dengan sabun biasa, antiseptik dan sanitizer?

Free Malaysia Today
Cuci tangan dengan sabun biasa

Sebenarnya sabun biasa juga berkesan untuk menyingkirkan bakteria.

Namun adakalanya produk biasa lebih diformulasikan untuk menghilangkan bau pada tangan sahaja, dan belum tentu efektif membunuh bakteria.

Sabun biasa yang mengandungi minyak wangi tambahan yang kemungkinan bisa membuat kulit jadi kering.

Bagi bayi dan orang yang miliki kulit sensitif, sabun yang mengandungi minyak wangi sebaiknya dihindari.

Free Malaysia Today
Cuci tangan dengan sabun antiseptik

Sabun antibakteria adalah produk pembersih yang mengandungi bahan antimikrob tambahan, seperti alkohol, benzalkonium klorida, dan bahan-bahan antibakteria lain.

Produk pembersihan ini berkesan untuk membunuh bakteria, dan sering menjadi pilihan hospital, pusat kesihata, klinik dan banyak lagi.

Sebagai tambahan kepada bakteria yang dilekatkan terus ke tangan anda, haiwan berbulu seperti kucing atau anjing boleh menjadi perantara untuk memindahkan kuman ke tubuh anda.

Jenis bakteria yang melekat pada haiwan peliharaan tidak menyebabkan kudis tetapi boleh membuatkan kulit anda gatal.

Jadi, untuk mengatasinya, anda boleh menggunakan sabun antibakteria ini.

Free Malaysia Today
Cuci tangan dengan hand sanitizer

Kalau tiada air dan sabun, guna sahaja hand sanitizer.

Kerana saiznya yang kecil jadi ia sangat praktikal dibawa ke mana-mana dan di mana sahaja.

Kandungan hand sanitizer tidak dapat membersihkan minyak atau kotoran seperti halnya mencuci tangan dengan sabun.

Sayangnya, tidak semua jenis kuman dapat dibasmi dengan hand sanitizer.

Jadi, sebaiknya pilih hand sanitizer yang berasaskan alkohol sekitar 60%.

Anda ada berita menarik untuk dikongsi? Sila email ke fmtohsem@freemalaysiatoday.com

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.