
Timbalan Menteri Pendidikan, Teo Nie Ching berkata ITBM akan terus memberi khidmat berkaitan terjemahan buku dan dokumen, selain melatih dan meningkatkan kemahiran penterjemah serta jurubahasa untuk memenuhi keperluan negara.
“Kewujudan ITBM adalah kekal dan masih relevan bagi memainkan peranan sebagai badan penterjemahan di peringkat kebangsaan dan antarabangsa.
“Dengan itu, kedudukan ITBM akan diperkasakan bersama agensi lain di bawah penyeliaan kementerian ini,” katanya dalam sesi pertanyaan lisan dalam sidang Dewan Negara hari ini.
Beliau menjawab soalan Abidullah Salleh yang ingin tahu sama ada kementerian itu akan menggabungkan ITBM dan DBP.
Sebelum ini, media melaporkan ITBM akan ditutup dengan fungsi terjemahan dan penerbitan buku dikembalikan kepada DBP kerana masalah hutang agensi itu.
Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram