
Gara gara “takut” pada isteri, seorang peniaga di Petaling Jaya bertindak menutup kedainya buat sementara waktu.
Notis itu ditampal di pintu besi kedai dan ia menimbulkan rasa lucu dalam kalangan netizen.
Pada notis itu juga, peniaga tersebut menulis “Wife On Strike forced to take a break” yang bermakna isteri sedang mengamuk, perlu tutup sebentar.
Peniaga itu turut menyatakan yang kedainya ditutup bermula 18 November sehingga 29 November dan akan dibuka semula pada 30 November 2019.
Lucunya, dalam notis tersebut turut diletakkan ikon menangis seolah-olah tidak mempunyai pilihan melainkan hanya memenuhi “arahan” isterinya sahaja.
Notis yang sama namun dalam bahasa cina turut ditampal di sebelahnya.
Kedai tersebut bernama Cheendol terletak di Taman Paramount Petaling Jaya yang menjual Cendol nyonya, kuih muih dan ais kacang.

Anda ada berita menarik untuk dikongsi? Sila email ke fmtohsem@freemalaysiatoday.com
Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram