HomeNewsBeritaBusinessLifestyleOpinionWorldSportsPropertyEducationCarzillaGalleryVideosAccelerator

Mara rancang tinggalkan perniagaan, tumpu pendidikan dan latihan

-

Perkara itu antara kandungan surat dari Pengerusi Mara, Hasnita Hashim kepada Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad disebalik laporan mengenai penutupan Mara Corp.

0
Shares
Total Views: 1
Free Malaysia Today
Pengerusi Mara, Hasnita Hashim berkata Mara tidak sepatutnya terlibat dalam perniagaan dan pelaburan. (Gambar Twitter MARA)

PETALING JAYA:
Pengerusi Majlis Amanah Rakyat (Mara) membayangkan agensi Bumiputera itu akan menutup kegiatan-kegiataan dagangannya, disebalik bantahan beberapa pihak terhadap rancangan menutup syarikat korporatnya, Mara Corporation Sdn. Bhd.

Dalam surat kepada Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad, Hasnita Hashim berkata Mara akan menutup perniagaan-perniagaan dan pelaburan-pelaburannya.

Dalam surat yang dilihat FMT, Hasnita yang dilantik pengerusi Mara pada Sept 2018 berkata, Mara tidak sepatutnya melabur dalam perniagaan dan kerajaan tidak pernah memperuntukkan dana untuk berbuat demikian kepadanya.

Katanya lagi, Mara juga menggunakan dana yang dikutip daripada pelajar dan pinjaman perniagaan untuk melabur dalam perniagaan, perkara yang bukan dalam kecekapannya.

Hasnita tidak menyatakan Mara Corp dalam suratnya.

Kumpulan kepentingan Melayu seperti Majlis Tindakan Ekonomi Melayu (MTEM) dan Dewan Perniagaan Melayu Malaysia membantah sebarang rancangan menutup Mara Corp.

Hasnita berkata dalam rancangan masa depan Mara untuk menjauhi perniagaan, suatu dana endowmen tabung pendidikan Mara akan ditubuhkan.

Dana itu akan menambah peruntukan kerajaan untuk program-program pendidikan Mara, katanya.

Hasnita berkata Mara harus tumpu hanya pada pendidikan dan pembangunan usahawan, dan melepaskan pelaburannya dalam perniagaan.

Ini termasuklah menjadikan Yayasan Pelajaran Mara kepada suatu dana endowmen, supaya ia tidak lagi terlibat dalam perniagaan dan kegiatan pelaburan, kutipan pinjaman dan pengewangan aset-asetnya.

Juga ada rancangan utuk melihat semula Akta Mara supaya majlis itu boleh melaksanakan rancangan-rancangannya dengan lebih pantas dan mengendalikan institusi-institusi pendidikannya secara bebas dari segi sukatan pelajaran dan kurikulum daripada Kementerian Pendidikan.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.