HomeNewsBeritaBusinessLifestyleOpinionWorldSportsPropertyEducationCarzillaGalleryVideosAccelerator

Syed Saddiq gantung pegawai, serah sepenuhnya pada polis

-

Semua orang tanpa mengira jawatan dan status tertakluk kepada undang-undang, kata menteri.

0
Shares
Total Views: 1
Free Malaysia Today
PETALING JAYA: Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman menyerahkan sepenuhnya kepada polis selepas dimaklumkan berkenaan penahanan pegawai kementeriannya awal pagi tadi.

Menegaskan semua orang tanpa mengira jawatan dan status tertakluk kepada undang-undang, Syed Saddiq mengumumkan beliau akan menggantung tugas pegawai yang terlibat sementara menanti siasatan dimuktamadkan.

“Saya menyerahkan sepenuhnya kepada pihak berkuasa untuk bertindak mengikut prinsip ‘Kedaulatan Undang-undang’,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Media sosial hari ini kecoh mengenai dakwaan penahanan seorang wakil rakyat dan pegawai-pegawai kementerian semalam.

Sumber parti politik mengatakan seorang wakil rakyat ditahan dan kemudian dilepaskan.

FMT sedang mendapatkan pengesahan daripada polis. Wakil rakyat yang dikatakan ditahan itu sudah dihubungi dan namanya tidak didedahkan sementara menunggu pengesahan.

“Saya sekarang berada di rumah,” katanya.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.