HomeNewsBeritaBusinessLifestyleOpinionWorldSportsPropertyEducationCarzillaGalleryVideosAccelerator

Mengapa jari tengah dijadikan simbol kemarahan?

-

Ramai yang menggunakan jari tengah bagi menunjukkan perasaan marah pada seseorang meskipun diketahui umum yang tindakan itu adalah biadap.

0
Shares
Total Views: 1
Free Malaysia Today
Jari tengah diasaskan pada tamadun Yunani.

Apabila bergaduh dengan rakan-rakan, pasti anda akan bersabar pada tahap maksimum, atau jika tidak anda akan mengeluarkan jari tengah kepada mereka sebagai isyarat yang umum ketahui bahawa ia tindakan “kurang ajar” untuk dilakukan.

Namun pernahkah anda terfikir mengapa jari tengah dijadikan sebagai simbol kemarahan?

Ia sebenarnya memiliki istilah tersendiri iaitu “Digitus Impudicus”, namanya macam menarik, tapi tetap kurang ajar kerana perkataan itu berasal dari tamadun Rom, bermaksud jari yang tidak senonoh atau biadap.

Banyak teori mengenai asal usul simbol jari tengah yang lazimnya menjadi simbol penghinaan, namun rekod terawal ditemui dari tamadun Yunani Purba.

Menurut laporan BBC, manusia telah melakukan isyarat tidak sopan itu sejak awal kewujudan tamadun di Barat.

Menurut lagenda sejarawan Rom, Tacitus menulis tentang suku kaum Jerman memberi isyarat jari tengah untuk melancarkan serangan terhadap tentera Rom.

Dalam perspektif garis masa yang berbeza iaitu jauh lebih awal sebelum itu, orang Yunani menggunakan jari tengah sebagai simbol lucah yang menggambarkan alat sulit lelaki.

Sehinggalah pada lewat zaman pertengahan, isyarat jari tengah dianggap perbuatan biadap, mungkin kerana Gereja Katolik tidak setuju dengan pembawaan maksud seksualnya lalu ia secara tidak langsung menjadi sebuah isyarat tangan yang rahsia dan diamalkan secara tersembunyi sama ada untuk menyerang mana-mana individu atau mencabar pihak lain untuk bertempur.

Tamadun Yunani Purba

Menurut ahli antropologi, isyarat ini telah wujud selama lebih dari 2000 tahun. Dari zaman Yunani purba terdapat rekod teks kuno yang dipercayai sebagai rekod terawal ditemui mengenainya. Ia menceritakan kisah seorang penulis drama bernama Aristophanes dalam karya berjudul The Clouds.

Terdapat frasa yang membuat perumpamaan kasar menyamakan jari tengah dengan alat sulit lelaki. Sejak itu, dalam budaya Yunani, isyarat jari tengah dikenali sebagai penghinaan paling kurang ajar, dan tidak boleh dipandang ringan.

Tamadun Rom

Free Malaysia Today
Simbol jari tengah yang terdapat pada kod tamadun Yunani.

Tamadun Rom mengadaptasi gerakan ini daripada orang Yunani. Maharaja Rom bernama Caligula merupakan seorang maharaja yang terkenal dengan sikap paranoid. Dia gemar melakukan kezaliman, contohnya pernah memerintahkan orang bawahan mencium jari tengahnya.

Malah, Caligula juga dikatakan dibunuh orang suruhannya sendiri yang bernama Cassius kerana dendam terhadap perbuatan Caligula itu yang dianggap terlalu merendah-rendahkan dirinya.

Pertempuran Agincourt 1415

Free Malaysia Today
Pertempuran Agincourt 1415 yang turut menggunakan simbol jari tengah untuk berentap kuasa.

Beberapa sarjana dan ahli sejarahwan yang masih berbeza pendapat membahaskan asal usul gerakan jari tengah mendakwa bahawa ia pertama kali digunakan semasa pertempuran Agincourt pada 1415, namun dakwaan ini dianggap sebagai mitos.

Kisah itu diceritakan bahawa tentera Inggeris mengangkat jari mereka sebagai tanda penghinaan kepada tentera Perancis yang telah mengancam untuk memotong dua jari pertama pemanah Inggeris sekiranya berjaya ditangkap.

Pertempuran Agincourt pada 1415 merupakan salah satu siri pertempuran kecil dalam Perang 100 Tahun Anglo-French.

Isyarat jari tengah terawal dalam filem

Free Malaysia Today
Jari tengah dijadikan simbol melepaskan geram atau marah pada tahap maksima

Manakala, Harold Lloyd seorang pelakon ternama dalam filem bisu klasik, mungkin merupakan individu pertama yang menggunakan isyarat jari tengah di dalam sejarah industri perfileman dunia.

Ia berlaku lebih kurang sekitar minit ke-24 di dalam filem yang ditayangkan pada tahun 1928 itu.

Filem itu bertajuk “Speedy,” Lloyd menunjukkan isyarat lucah terhadap dirinya sendiri melalui sebuah cermin di Luna Park, Coney Island.

Halaman Wikipedia filem tersebut mendakwa bahawa babak itu adalah contoh yang paling awal kemunculan isyarat seksis dalam gambar bergerak.

Wikipedia tidak sertakan sebarang rujukan tetapi setakat ini masih tiada filem lain yang mencabar dakwaan tersebut untuk menjadi yang terawal.

Di dalam babak berkenaan, Lloyd memberikan isyarat jari tengah apabila mengetahui bahawa pakaiannya telah kotor selepas dia bersandar pada pagar yang basah.

Anda ada berita menarik untuk dikongsi? Sila email ke fmtohsem@freemalaysiatoday.com

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.