
Anwar pada sidang media hari ini berkata majlis presiden gabungan itu membuat keputusan tersebut dalam mesyuarat khas semalam.
“Kami tidak akan mengkhianati amanah ini,” katanya pada sidang media di ibu pejabat PKR hari ini.
Perkembangan ini selepas ahli-ahli Parlimen gabungan itu berjumpa Agong di Istana Negara hari ini, berhubung penubuhan kerajaan baru susulan peletakan jawatan Dr Mahathir Mohamad sebagai perdana menteri pada Isnin.
Anwar berkata PH mengundang Mahathir untuk mempengerusikan mesyuarat majlis presiden gabungan itu semalam bagi memulihkan kerajaannya susulan tindakan PPBM keluar gabungan, diikuti peletakan jawatannya sebagai pengerusi parti itu.
“Namun Mahathir tidak bersetuju untuk hadir dalam mesyuarat tersebut. Justeru itu, keputusan majlis presiden semalam menetapkan calon perdana menteri PH ialah Anwar Ibrahim,” katanya.
Turut hadir pada sidang media ini termasuk bekas timbalan perdana menteri, Dr Wan Azizah Wan Ismail; Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng; dan Presiden Amanah, Mohamad Sabu.
Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram