HomeNewsBeritaBusinessLifestyleOpinionWorldSportsPropertyEducationCarzillaGalleryVideosAccelerator

Biar betul… Pasar eksotik Wuhan kini dibuka semula!

-

Pasar yang menjual haiwan eksotik di Wuhan kini dibuka semula sebagai tanda warga China meraikan bebas Covid-19.

0
Shares
Total Views: 1
Free Malaysia Today
Pasar eksotik yang menjual pelbagai jenis haiwan liar termasuklah kelawar di Wuhan dan anjing kini dibuka semula. (Gambar Fail Facebook Daily Mail)

Di saat satu dunia tengah berperang melawan wabak Covid-19 apabila kes positif semakin meningkat setiap hari, negara asal tercetusnya wabak ini iaitu China mengambil sikap tidak rasional.

Ini kerana China dilaporkan sudah tidak sabar untuk menjual dan menjamah produk yang terdiri daripada haiwan eksotik buat orang ramai.

Berdasarkan laporan, kelawar yang menjadi punca penularan wabak Covid-19 antara yang masih terjual sekaligus mengundang kerisauan buat orang ramai.

Bukan itu sahaja, haiwan lain seperti anjing, kucing, katak dan kala jengking antara yang tersedia untuk disembelih mengikut kehendak pengguna.

Apa yang merisaukan orang ramai seluruh dunia sudah pastinya tabiat buruk segelintir warga China yang secara tidak langsung bimbang dengan sikap mereka ini bakal mengundang kepada gelombang baru penularan wabak Covid-19.

Difahamkan pasar basah yang menawarkan haiwan eksotik ini sudah mulai beroperasi seawal 28 Mac lalu dimana warga China berpendapat negara mereka sudah bebas sepenuhnya daripada Covid-19.

Apa yang membezakan pasar basah yang dibuka kali ini dengan sebelum penularan wabak Covid-19 iaitu kehadiran pegawai penjaga yang menghalang orang ramai untuk mengambil gambar bagi mengelakkan daripada perkara ini terus menular di internet.

Selain daripada isu pembukaan semula pasar basah, dilaporkan terdapat juga propaganda yang dikongsikan melalui platform media sosial China iaitu Weibo yang mengatakan wabak Covid-19 pada awalnya bukan berasal dari China sebaliknya negara Itali serta menolak spekulasi mereka yang membuatkan wabak ini mulai merebak.

Sehubungan itu Amerika Syarikat serta beberapa negara lain antara yang mula skeptikal dengan berita yang dikeluarkan oleh negara China ketika ini selepas mendakwa China mengeluarkan jumlah angka kes dan kematian yang palsu mengenai Covid-19 kepada orang ramai.

Pilihan warga China untuk mulai melancong ke negara luar seawal April ini turut menimbulkan panik buat orang ramai sekaligus meminta pihak kerajaan menyekat laluan penerbangan China memasuki negara.

Anda ada berita menarik untuk dikongsi? Sila email ke fmtohsem@freemalaysiatoday.com

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.