
“Saya memohon maaf secara terbuka kepada seluruh rakyat atas kekhilafan yang berlaku. Pencerahan yang saya berikan ini bukan untuk dikecualikan daripada tindakan undang-undang tetapi untuk menjelaskan keadaan sebenar,” katanya.
Razman yang juga Adun Gunung Semanggol membuat permohonan maaf secara terbuka itu menerusi akaun Facebook beliau.
Semalam, tular di media sosial gambar-gambar Razman dan beberapa individu bersama-sama dengan seorang timbalan menteri hadir jamuan di sebuah Maahad Tahfiz di Lenggong semasa Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) bagi mengekang penularan Covid-19 sedang dilaksanakan.
Menurut Razman, setiap tindakan pihaknya termasuk ketika turun padang melihat keperluan petugas barisan hadapan dalam menangani wabak Covid-19 amat menitikberatkan tentang prosedur operasi standard dan jika ada yang dilihat bertentangan, perkara itu akan diatasi.
“Untuk makluman saya setiap hari bergerak untuk membantu petugas barisan hadapan, melihat kekurangan peralatan yang dihadapi terutama kepada petugas kesihatan.
“Sebagai contoh jika kita tidak turun padang, mana kita dapat tahu keperluan tandas bergerak untuk kegunaan petugas sekatan jalan raya amat mendesak,” jelas Razman.
“Sekali lagi saya mohon maaf dan terima kasih rakyat Malaysia,” katanya.
Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram