HomeNewsBeritaBusinessLifestyleOpinionWorldSportsPropertyEducationCarzillaGalleryVideosAccelerator

Sensor di telefon pintar boleh kesan Covid-19 hanya dengan batuk atau bersin

-

Sensor yang disambungkan pada telefon pintar berupaya memberitahu seseorang dijangkiti virus itu hanya dalam tempoh 60 saat.

0
Shares
Total Views: 1
Free Malaysia Today
Sensor yang disambungkan pada telefon pintar berupaya memberitahu seseorang dijangkiti Covid-19 hanya dalam tempoh 60 saat. (Gambar Twitter)

Wabak Covid-19 tidak lama lagi boleh dikesan menerusi batuk atau bersin pada telefon pintar.

Satu sensor yang disambungkan pada peranti itu berupaya untuk memaklumkan seseorang dijangkiti virus itu hanya dalam tempoh 60 saat.

Gajet tersebut pada awalnya dibangunkan untuk memerangi virus Zika yang disebabkan oleh nyamuk, sehingga mencetuskan kecemasan kesihatan global pada 2016 dan ia dikaitkan dengan kecacatan semasa kelahiran.

Ketua projek, Prof Massood Tabib-Azar, yang juga jurutera di Universiti Utah di Amerika Syarikat (AS) berkata: “Idea utama adalah untuk membolehkan orang mempunyai kelengkapan peribadi mereka sendiri untuk mengesan Zika di tempat-tempat yang mereka kunjungi.

“Sebaliknya, rancangan tersebut adalah memprogramnya untuk mengesan Covid-19.

“Jika seseorang bernafas, batuk, bersin atau menghembus pada sensor tersebut, ia akan dapat mengetahui sama ada mereka menghidap Covid-19,” tambahnya.

Free Malaysia Today
Prof Massood Tabib-Azar cipta sensor ini untuk kesan Zika pada awalnya dan kini dibuat untuk Covid-19. (Gambar Twitter)

Diharapkan aplikasi tersebut boleh didapati dalam tempoh kurang 3 bulan.

Satu prototaip yang bersaiz kira-kira sekeping duit syiling, akan berkomunikasi dengan telefon pintar melalui teknologi tanpa wayar Bluetooth.

Pengguna yang memasang sensor ke port pengecasan telefon mereka dan perlu melancarkan aplikasinya, sebelum meletakkan sebilangan rembesan air liur ke atasnya.

Kemudian, pengguna perlu menunggu ia berubah warna sekiranya seseorang itu mempunyai virus tersebut.

Beliau turut berharap keputusan tersebut dapat dihantar kepada agensi kesihatan menerusi satu butang.

Aplikasi berkenaan dijangka untuk percubaan pada Julai depan, dan ia boleh didapati untuk pembelian pada Ogos sekiranya semua berjalan lancar.

Anda ada berita menarik untuk dikongsi? Sila email ke fmtohsem@freemalaysiatoday.com

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.