HomeNewsBeritaBusinessLifestyleOpinionWorldSportsPropertyEducationCarzillaGalleryVideosAccelerator

Ucapan Agong bukti kesahihan kerajaan PN, kata pemimpin

-

Pemimpin PN berkata, ucapan Agong memberi dorongan semangat dan kekuatan kepada kerajaan baru untuk terus berkhidmat kepada rakyat.

0
Shares
Total Views: 1
Free Malaysia Today
Sultan Abdullah Sultan Ahmad Shah menyampaikan titah diraja pada pembukaan mesyuarat pertama penggal ke-3 Parlimen ke-14 di Parlimen Isnin lalu.

PETALING JAYA:
Pemimpin Perikatan Nasional mempertahankan kesahihan kerajaan baru dengan memetik ucapan Yang di-Pertuan Agong di Dewan Rakyat sebagai bukti.

“Titah tuanku menjadi bukti jelas keabsahan kerajaan PN yang dibentuk berasaskan peruntukan Perlembagaan Persekutuan serta prinsip raja berperlembagaan dan demokrasi berparlimen yang diamalkan di negara ini,” kata mereka dalam satu kenyataan bersama hari ini.

Kenyataan itu ditandatangani Presiden PPBM, Muhyiddin Yassin dan pemimpin daripada Barisan Nasional, PAS, GPS, Parti Bersatu Sabah (PBS) dan Parti Solidariti Tanah Airku (STAR).

Mereka berkata, ucapan Agong memberi dorongan semangat dan kekuatan kepada kerajaan baru untuk terus berkhidmat kepada rakyat.

“Paling penting bagi kerajaan ialah pelaksanakan amanah bagi memastikan kebajikan rakyat sentiasa dipelihara.

“Kerajaan PN akan sentiasa menjunjung titah tuanku yang berkehendakkan keutamaan sentiasa diberikan kepada kesejahteraan rakyat jelata.

Sultan Abdullah Sultan Ahmad Shah pada Isnin lalu mengingatkan semua ahli Parlimen tidak mengheret negara ke kancah politik sekali lagi, ketika rakyat berdepan kesukaran akibat penularan Covid-19.

Agong berkata, baginda menggunakan kuasa di bawah Perlembagaan untuk menyelesaikan krisis politik yang berpunca daripada peletakan jawatan bekas perdana menteri, Dr Mahathir Mohamad dan menyebabkan kejatuhan kerajaan Pakatan Harapan serta pelantikan Muhyiddin sebagai perdana menteri.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.